Tuesday 16 May 2017

IBUMU, GURU PALING BERJASA DALAM HIDUPMU.


Seekor anak gajah baru sejam dilahirkan, masih lemah. 

Sekawanan gajah akan berkumpul di dalam kumpulan untuk memastikan keselamatan anak gajah selamat. Anak gajah, lahir- lahir tidak pandai berdiri sendiri. 

Ibu gajah akan mengajar anaknya mengenal dunia dengan mengajar pelajaran utamanya, berdiri dengan sendiri. 

Ibu gajah akan memastikan anaknya boleh berdiri seterusnya boleh berjalan, walaupun ianya terkadang tergolek lemah, ibu akan menyokongnya, bangun semula nak, kita perlu teruskan pelajaran ini untuk kehidupan di masa hadapan. 

Anak gajah mula menyusu dari ibunya, tidak dijumpai manakah tempat mahu menyusu, ibu akan mendorongkan belalainya kepada mulut anak gajah untuk tempat susuannya. Menyusulah si anak gajah. 

Puas menyusu, ramai sekawanan gajah akan dapat menyapa si anak gajah, tanda inilah kumpulan sekawananmu anak, saudara mara mu anak, maklum ibu kepada anak gajah.

Terharu melihat dokumetari dari BBC Earth mengenai "Secret Spy", di mana mereka merakamkan pengambaran kelahiran anak gajah dan bondingnya dengan ibu gajah. 

Ibu, adalah guru pertama di dalam kehidupan, dia telah mengajar rutin kehidupan anak-anaknya. Terpulanglah caranya mendidik serta mendoktrin pemikiran anaknya sama ada mengikut acuan Al Quran dan Sunnah Rasulullah atau tidak. 

Beruntunglah si anak di ajar oleh ibu yang faham agama dan mahukan anaknya juga terdiri dari golongan pengamal Al Quran dan Sunnah Nabi.

Ibu juga akan menanamkan sikap bagaimana dia dengan manusia lain, juga akhlaknya dengan guru-guru di sekolahnya nanti. Beruntunglah duhai anak yang dari kecilnya di ajar adab mulia dan tauhid kepada tuhanmu oleh ibumu.

Tak boleh nak cerita panjanglah kali ini sebab sebak teringat cerita anak gajah dan ibunya. Kita sambung cerita fesyen lain kali ye. SOB. SOB . SOB

Hargailah ibumu, Allah menjanjikan syurga!
Hargailah ibumu, kerna Rasul memuliakan dia !
Hargailah ibumu, guru mu yang teragung!
Hargailah ibumu, sungguh jasanya tidak terkira !


I Love U, Mama


0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More