Sunday 11 June 2017

SEJARAH KAIN SUTERA YANG PERLU ANDA KETAHUI

Bila masuk bab Sejarah di dalam kelas sekolah menengah dahulu, mula rasa pening-pening dan macam nak muntah pun ada. Entahlah subjek ini tidaklah menjadi kegemaran ramai pelajar zaman – berzaman.

Tidak tahu di mana silapnya dan tidak mahu juga mencari salah siapa yang menyebabkan subjek ini bosan sepanjang hayat.

Tetapi kali ini, kami mahu bawakan tentang sejarah yang lain dari biasa. Yang penting ianya tidak masuk di dalam silibus soalan peperiksaan awam Malaysia. Seronokkan, apabila dengar tidak ada periksa?

Bacaan kali kini berkaitan asal usul kain sutera di muka bumi bertuah ini. Cerita pasal sutera ini, bukan khas untuk sutera Vietnam sahaja tetapi asal usul sutera itu sendiri.

Bila terpandang kain sutera, pasti sudah terbayang, keanggunan, kemewahan, keindahan, kegemilangan dan profesional. Jadi dari manakah asalnya keindahan dan kemewahan kain sutera ini?

Al Quran sering menyatakan pakaian penduduk –penduduk syurga yang diperbuat dari sutera.  Sejak azali sudah lama wujud sutera ini, pastinya sutera syurga tidak dapat dibayangkan minda dan mata. Pasti lebih indah berganda-ganda kecantikannya. 

Tuhan masih memberikan rahmatnya dengan memberikan rasa, mungkin 0.000000001% keindahan sutera di muka bumi. Maka merasalah manusia dengan kain sutera pada hari ini.

Asal usul sutera adalah dari negara China.

Rahsia penghasilan sutera di kalangan masyarakat Cina di sana tersimpan kemas di dalam lipatan sejarah mereka hampir 1000 ke 3000 tahun sebelum ianya tersebar luas.

Ia adalah sebuah rahsia negara yang besar.

Sesiapa yang berani membuka mulut atau bocorkan rahsia ini, akan menerima padah hukuman mati.
Dasyatkan? Kalau berani mati, haa ceritalah.

Bagaimana sutera dijumpai?

Menurut lagenda masyarakat di negara China, dan ada sumber mengatakan dari Confucius pada 2640 sebelum Masihi (BC). menyatakan ia ditemukan oleh seorang puteri bernama Xi Ling Shi, (Lei Zu) dan merupakan isteri kepada Maharaja Huang Ti (dikenali juga sebagai Maharaja Kuning).

Ketika maharani sedang minum teh di bawah pohon Mulberi, tiba-tiba kepompong ulat sutera jatuh ke dalam cawan tehnya yang sedang hangat.

Maharani cuba mengeluarkan kepompong ulat tersebut dari bekas minumannya. Mungkin semasa mengambil keluar kepompong tersebut, terdapat serat yang panjang terurai sama.

Semakin di tarik semakin panjang dan utuh seratnya tetapi serat tadi lembut. Bermula dari itu, beliau telah diberi ilham untuk mendesain perkakasan tenunan dan mesin tenun.

Maharani meminta untuk diberikan sebuah kawasan untuk digunakan sebagai pusat pembiakan ulat-ulat sutera di dalam lading mulberinya serta tempat penenunan sutera.

Pemakaian sutera di kalangan masyarakat mereka, hanya khas untuk keturunan diraja, dan pemilikannya di kalangan masyarat bangsawan merupakan tanda kemewahan . 

Ia sesuatu persalinan yang agak mustahil untuk masyarakat bawahan seperti petani dan orang kampung memilikinya.

Tingginya nilai sutera ini, menyebabkan ia pernah dijadikan sebagai matawang kerajaan, digunakan untuk pampasan bernilai tinggi untuk orang tebusan yang berpengaruh. 

Ia juga menjadi simbol kekayaan kepada tuannya yang memilki kain sutera.

Jadi macam mana pulak sutera boleh sampai ke Malaysia ni?

Panjang ceritanya.

Pada masa itu, negara China adalah negara pengeluar utama sutera dunia. Tiada orang lain tahu, sutera itu berasal dari apa?


Negara –negara lain yang memakai sutera ketika itu adalah hasil perdagangan negara China iaitu melalui perdagangan “Jalan Sutera” (Silk Road). Pemakaian kain sutera tersebar meluas sehingga ke negara Eropah.

Monopoli pengeluaran sutera adalah dari negara China, dan tiada yang setanding dengannya sehinggalah sekitar 200 Sebelum Masihi (BC)

Pendatang dari negara China telah membawa ilmu penghasilan sutera ke negara  Korea dan ianya terus berkembang sehingga ke India sekitar 300 Tahun Masihi (AD)

Pada lebih kurang 550 Tahun Masihi, kerajaan Byzantium (Empayar Roman Timur) telah menghantar 2 orang saminya untuk misi khas membawa keluar ulat sutera yang disembunyikan di dalam batang buluh.

Tamadun ini bertanggung jawab di dalam meluaskan empayar pengeluaran hasil sutera sehingga ke Timur Tengah. 

Pada abad ke 6, negara Iran juga berjaya menjadi pengeluar sutera.

Menurut silk.org.uk, abad ke 7 menyaksikan negara Arab telah menakluk Persia dan memiliki industri tenunan sutera sehingga ia tersebar ke Afrika, Sicily dan Sepanyol.

Di abad ke 10, Andalusia merupakan pengeluar utama sutera untuk Eropah.

2000 orang tukang tenun sutera profesional dari Constantinopel telah dibawa masuk ke negara Itali. Kemasukan mereka telah meledakkan industri penenunan sutera di era baru global ketika itu.

Pada tahun 1540, raja telah memperkenankan kota Lyon sebagai kota yang memonopoli penghasilan tenunan sutera dikenali sebagai Perdagangan Sutera Eropah (Europian Silk Trade). 

Di dalam historyofclothing.com, melaporkan bahawa terdapat 14,000 mesin tenun telah digunakan si dalam kota tersebut sekitar abad ke 17.

Selepas berlakunya Perang Dunia Kedua, setelah Eropah dan Jepun menjadi di antara pengeluar utama kain sutera, negara China telah berusaha keras dan berjaya memiliki takhta sebagai pengeluar paling utama sutera dunia.

Negara China telah berjaya memperbaiki kedudukan khazanah negaranya, sutera ke tempat yang paling tinggi dengan menjadi pengeluar unggul sutera dari ulat sutera pemakan daun mulberi.

Di dalam silk.org.uk, menyatakan pada tahun 1985, penghasilan sutera mentah adalah sebanyak 56,000 ton (seperti penghasilan pada tahun 1938), di mana 50% penghasilannya adalah dari negara China.

Begitulah berharganya sejenis fabrik yang memiliki nilai yang begitu tinggi di mata masyarakat dunia, sutera.

Bagaimana dengan sutera Vietnam? Idea menjadi pengeluar sutera oleh negara Vietnam di cetuskan oleh  King Ly Thai Thong pada tahun 1000 – 1054. 

Dengan hasrat meningkatkan ekonomi negaranya, penenunan sutera telah menjadi pemangkin kepada salah satu agenda ekonomi negara ketika itu.

Dengan penghasilan sutera di negara sendiri, hilanglah kebergantungan negara kepada pedagang –pedagang sutera negara China.

Dengan cara ini, ekonomi negara Vietnam dapat bertahan lama. Pada hari ini, Vietnam merupakan di antara salah satu pengeluar sutera dunia secara global.

Mana-mana sutera yang dihasilkan pasti kita sudah terhutang budi dengan ulat-ulat sutera yang sangat dedikasi menghasilkan kepompong (cocoon), berselirat dengan serat untuk di jadikan benang - benang sutera. 

Seterusnya ditenun menjadi kain sutera yang indah.

Lebih memanjatkan syukur, kerana pencipta ulat sutera meminjamkan nikmat syurga , pakaian sutera. 

Walaupun sangat pasti berbeza kualitinya di antara sutera dunia dan akhirat, tetapi biasan nikmat sutera pasti menjadi dambaan si pencinta fesyen mewah dan elegan.

Jika anda ingin memiliki kain pasang dari sutera Vietnam , sudi-sudikanlah melihat katalog di blog ini dan juga facebook kami : Kely Fashions.

Untuk tatapan peminat fesyen yang pantas, jenguk-jenguklah Instagram Kely Fashions untuk gambaran kain-kain kami yang lebih jelas dan terperinci.

FB : Kely Fashions

Insta : Kely Fashions

Twitter : Kely Fashions

Blog : www.kelyfashionsstore.blogspot.com.


Salam manis,





Rujukan bacaan:

https://texeresilk.com/article/history_of_silk

https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_silk

http://www.chinahighlights.com/travelguide/culture/chinese-silk.htm

http://www.silk.org.uk/history.php

http://www.historyofclothing.com/textile-history/history-of-silk/

http://www.ducksters.com/history/china/legend_of_silk.php

https://startupfashion.com/fashion-archives-history-silk/

1 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More