Secara amnya, kita sudah tahu apa
dia kain kapas atau lebih dikenali dengan kain cotton. Kain kapas adalah
sejenis fabrik yang dihasilkan dari tenunan fiber/gentian kapas yang diproses. Sama ada ianya ditenun secara 100% penggunaan
fiber kapas atau campuran dari pelbagai jenis fiber lain.
Tidak dinafikan lagi fabrik
cotton sangatlah cantik sehingga menawan kalbu apabila dipakai. Apabila dipakai
terasa nyaman dan selesa walau cuaca terik menerkam kulit.
Entri ini saya nak berkongsi
kenapa untung dan berbaloi sangat-sangat memiliki kain kapas sebagai pakaian
pilihan kita sehari-harian. Pilihan kain kapas ada yang berharga murah ada yang
berharga mahal. Kain kapas dari ComfyCosy paling mengutamakan kualiti
kain-kainnya, pemilihan kain kapas mereka adalah yang terbaik pernah saya
alami.
Apabila bercerita soal kualiti kain, kain-kain dari ComfyCosy sememangnya memilikinya. Saya tak ada rasa was-was
memilkinya kerana kain ComfyCosy sudah awal-awal memastikan tahap kualitinya
sebelum dibeli pelanggannya.
Selain kualiti kainnya yang tip
top, ada beberapa keberuntungan secara langsung anda akan dapat jika memilih
kain kapas. Eh? Apa dia? Tak sabar nak tahu sebab saya memang minat kain-kain kapas
ni.
Ok, poin yang pertama;
1. Anda
boleh menikmati tidur malam yang lena.
Kenapa pula?
Apabila kita mengenakan pakaian tidur yang diperbuat dari kain kapas atau
menggunakan kain cadar dari kain tersebut. Anda akan rasa kesejukan dan
kenyamanan berbaring di atas katil.
Kajian sudah menunjukkan bahawa cadar dari
kapas membenarkan kulit bernafas bebas serta kain itu tidak memerangkap haba. Boleh
kata ia seperti berfungsi sebagai pengawal kelembapan.
Adakah anda tahu
bahawa The International Forum Cotton Promotion, menyatakan kain kapas boleh menyerap
air sebanyak 1/5 dari berat kain sebelum ianya menjadi kain yang lembap.
2. Pakai
lebih , basuh kurang
Alamak macam
mana boleh macam ini ? Busuklah baju kalau tak dibasuh, kan badan berpeluh.
Begini, pakaian yang diperbuat dari kapas 100% sahaja mampu memiliki ciri-ciri
hebat ini. Kain kapas memiliki gentian yang mampu memberikan ruang pengaliran
udara yang baik. Ini membantu menyejukkan tubuh di kala berpeluh serta
pegaliran udara ini menyebabkan pengeringan peluh berlaku dengan cepat
berbanding fabrik lain. Perlulah dibantu
dengan kipas angin juga untuk mempercepatkan peluh kering. :p
Dan apabila pakaian
kapas yang sudah digunakan ini digantung dan terkena angin, ia masih boleh
digunakan kerana kurang berbau. Maka pakaian kapas boleh digantung – gantung dan
dikenakan angin. Jimatlah waktu membasuh anda.
Amaran! Kelebihan
ini tidak terpakai kepada mereka yang mengalami masalah bau badan ye.
Untuk diri saya,
apabila pakaian sudah dipakai walaupun sekejap saya pasti mahu membasuhnya
walaupun tidak berpeluh. Haaa yang ini penyakit lain, saya tidak boleh tengok
baju bersepah-sepah atau tergantung-gantung.
3. Macam
sesumpah
Apabila sejuk
kain kapas akan menghangatkan, apabila cuaca panas kain kapas mampu menyejukkan.
Itulah kelebihan gentian semulajadi yang mudah mengadaptasi dirinya dengan
keadaan sekelilingnya. Ini kerana kain kapas merupakan agen penebat haba yang
baik di mana gentian kapas akan memerangkap udara di antara gentiannya dan
seterusnya menjauhkan gentian dari kulit serta memberikan ruang udara di antara
kulit dan fabrik.
Dengan ciri
inilah, pakaian berasaskan kapas mampu menyesuaikan dirinya dengan keperluan industri
pakaian. Cirinya yang versetail, membolehkan ianya digayakan ke pejabat atau
urusan kerja sehingga ke lapangan atlet sukan. Ianya juga mesra cuaca, boleh
dipakai ketika cuaca panas dan sejuk.
Kain kapas juga
boleh bekerjasama baik dengan jenis-jenis fabrik lain seperti lace, velour, corduroy,
chambray, polyester dan lain –lain berdasarkan tenunannya.
4. Ketahanan
diri yang tinggi
Kain kapas
adalah sejenis kain yang kuat dan teguh kejadiannya kerana memiliki kekuatan
tegangan yang tinggi. Ianya menjadi lebih kuat 30% apabila di dalam keadaan basah.
Oleh kerana itu, ia boleh di basuh di dalam air panas.
Fabrik –fabrik
kegunaan hospital biasa menggunakan fabrik berasaskan kapas kerana proses
penyahkuman dapat dilakukan dengan membasuh kain-kainnya dengan suhu yang
tinggi.
5. Kos penyelenggaraan
yang rendah.
Tidak perlu
susah untuk menetapkan suhu tertentu untuk cucian pakaian kapas yang kita
gunakan semasa pergi kerja. Cara basuhan pakaian kapas ini sangat mudah,
gunakan mesin basuh untuk membasuh dan kemudiannya disidai. Ianya tidak
memerlukan cucian kering bagai yang memerlukan kos tinggi.
6. Kekal
kemas, bergaya dan selesa.
Kain kapas
senang ronyok atau berkedut, macam mana nak bergaya ? Pakaian kapas ini
menonjolkan kekemasan kepada sipemakai, apabila ianya digosok dengan teknik
yang betul, ronyok/kedut akan kurang kelihatan.
Bagaimana baju boleh berkedut
sakan? Sedangkan kerja kita hanya duduk sahaja melakukan kerja di ofis. Tetapi
sebenarnya, kain kapas yang berkualiti tinggi memiliki tahap kedutan yang
rendah dan mudah digosok.
Apabila kita tidak
tergaru-garu dan terkuis-kuis badan barulah nampak bergaya. Tenang sahaja muka
kita kerana kain kapas sangat selesa dan lembut berbanding fabrik gentian
sintetik yang tidak merengsakan kulit badan.
Jika anda dapati
rasa menyucuk-nyucuk, gatal-gatal kulit, atau merengsakan ketika anda
mengenakan pakaian tersebut, menunjukkan anda pakaian itu mungkin tidak kaya
dengan gentian kapasnya.
Kekemasan kain
kapas dapat dilihat kerana fabrik ini sentiasa kelihatan terletak berbanding
melendut, jatuh dan mengelepek atau bahasa Inggerisnya, sagging. Jika baju anda
berkeadaan begitu mungkin peratus spandex di dalam tenunan pakaian anda
melebihi 5%.
Baju yang
berasaskan spandex lebih mudah memeri atau menggelebeh apabila banyak kali
cucian dibuat ke atasnya, manakala baju berasaskan kapas tidak begitu cuma
warnanya akan semakin pudar.
7. Kain
kapas tidak berbau.
Kain kapas yang
dibasuh lebih mudah mengeluarkan bau-bau kurang enak dari gentiannya apabila
direndam untuk basuh berbanding fabrik jenis lain.
Maka proses
penyucian akan lebih mudah dan menjimatkan pelembut kain.
Bagaimana jika
badan memang ada masalah bau?
Caranya,
- Rendamlah dahulu pakaian kapas anda semalaman atau beberapa jam.
- Bilas
- Basuh seperti biasa.
- Semasa basuh boleh letakkan sedikit pelembut yang berbau harum.
- Keringkan menggunakan mesin basuh.
- Sidai.
- Selesai.
8. Bersifat
penebat elektrostatik
Bunyinya macam
teknikal sahaja seperti belajar kejuruteraan elektrik kan? Bertuahlah anda yang
memilih kain kapas kerana dengan adanya ciri tersebut ia membantu badan kita
menjadi lebih sihat.
Sebagai penebat
kepada medan elektrostatik, ia melindungi organ dalaman badan dari impak
elektrostatik. Maksudnya badan kita bebas dari caj² elektrik yang merbahaya J.
Saya fikir dari
sudut ilmiah ianya perlu dihuraikan supaya kita sama-sama bebas dari aliran
elektrik yang membahayakan. Tunggu posting selanjutnya ye.
9. Hypoallergenic
Ya Allah, apakah
ini? Jangan gusar ini adalah istilah untuk mereka yang mengalami reaksi alergi
pada kulit.
Kain kapas
sangat semulajadi dan memberikan satu penyelesaian kepada mereka yang mengalami
alahan pada kulit ketika berpakaian. Mereka yang mengalami sakit kulit seperti
eczema, psoriasis dan lain –lain boleh mengenakan pakaian berunsurkan kapas,
ianya sungguh selamat, sihat dan selesa kepada pemakai.
Anda juga
bertambah keyakinan diri dan kesihatan semakin meningkat.
Perasan atau
tidak di hospital biasanya pesakit akan diberikan pakaian wad kapas berwarna
hijau, dan cadar-cadar putih dari kain kapas. Haaa sebab itulah, kain ini
sesuai untuk pesakit terutama yang ada isu dengan kulit mereka.
Banyakkan
kelebihan memilih kain kapas sebagai pilihan pakaian kita?
Opps, lupalah
yang ke 10. Allah lebih menyayangi kita. Sebab Rasulullah suka pakaian kapas dan kita juga menyukai kain kapas
dan memakainya, kita telah mengikut sunah nabi kita! Harap Allah mengurniakan
kecintaannya juga kepada diri kita. Hati pun jadi tenang dan jiwa pun senang,
tak gitu?
Hebatkan fiber
semulajadi ini, kapas, nampak lembut tapi sangat berkuasa di dalam industri
tekstil dan fesyen.
Kita pun boleh
ambil inspirasi dari kapas tau. Menjadi wanita yang lembut dan ayu, tetapi berkuasa
di dalam kerjaya atau bisnes masing-masing. Juga memberikan pelbagai manfaat
kepada manusia dan alam.
Selepas ini
boleh anda jadikan kain kapas sebagai pilihan di dalam memilih pakaian kerana
kita sudah tahu kebaikan-kebaikan yang kita bakal perolehi nanti, InsyaAllah.
Salam selembut
kapas,
Cik Kely
KELY FASHIONS
The best version of you. |
Untuk melihat koleksi kain pasang berkualiti, klik
0 comments:
Post a Comment