Wednesday 3 May 2017

EARTH DAY DAN FABRIK, APA CERITANYA?


Semenjak saya menonton siaran di BBC Earth, tengok cerita pasal hutan, cerita pasal binatang, cerita pasal alam, boleh kata semuanya lah tentang kehidupan sama ada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Channel BBC Earth bagi saya, mendekatkan saya dengan alam semulajadi dan membuatkan saya kagum dengan ciptaan Allah. Mereka di BBC Earth banyak membuat kajian dan mereka mengambil serius tentang alam kerana mereka risaukan tentang keadaan bumi yang semakin tua dan banyak kehidupan semakin pupus akibat tangan-tangan manusia yang rakus. MasyaAllah, salah satu yang saya suka program Wild New Zealand, SuperVet, Trust Me! I'm a doctor dan banyak lagi. Semua intipatinya adalah fakta, cerita kehidupan sebenar alam, ilmu pengetahuan yang "rare", dan saya tak jumpa di rancangan stesyen Malaysia kecuali boleh kata 30% sahaja atau mungkin kurang dari itu rancangan memandaiakan bangsa.

Eh, saya dok bersembang pulak pasal TV ye, bukan apa ada satu rancangan  di BBC Earth tu ada cerita pasal warna, haaa warna pun depa dok kaji dan jadikan siaran TV tau kat BBC Earth. Saya tak abis tengok lagi bila ada masa, saya ulas no. Bila cerita pasal warnakan, fabrik kita ni kan ada warna-warna, kalau tak ada warna tak meriahlah si pemakai. Warna yang dipilih untuk fabrik dan dialunkan menjadi corak pada fabrik, emppph cantik sungguh. Kaum Hawa kalau warna tak cantik dan tak kena pada jiwa depa, tak mau eh depa nak pakai, tak cun katanya.

Rasa macam nak pengsan tengok tv di negara sendiri, bila switch on sahaja TVx, TV#, TV%, dan yang sewaktu dengannya 70% hiburan semata. Harapnya, banyaklah membaca buku-buku ilmiah semuanya agar kita tidak menjadi bangsa yang ketinggalan zaman sangat dengan negara yang dok selalu hantar bangsanya ke bulan, buat dokumenteri pasal sungai bersih, bunga sakura, resepi sihat, atau cara kerja efisien menghasilkan sebuat kotak tahan lasak seperti di Channel NHK World. Saya fikir channel ini lah yang banyak meraikan "Earth Day" dan cintakan bumi kita ini.

Tahukah anda, fabrik kita yang menjadikan kita berpakaian sehingga ke hari ini. Bayangkan jika tiada teknologi pembuatan fabrik, masak kita, sebab tidak berbaju, berkain dan sebagainya. Teknologi pembuatan fabrik untuk dijadikan pakaian seharian sudah wujud dari zaman dahulu lagi. Zaman Nabi Adam, manusia pertama Allah ciptakan, sudah ada fabrik. Maka dia semakin berkembang sehingga hari ini dan terciptalah pelbagai jenis fabrik untuk kegunaan manusia sejagat. Untuk manusia dan bumi, fabrik berasal dari sumber alam semulajadi adalah yang PALING BAIK, PALING ALAMI, PALING SELAMAT untuk manusia dan bumi.

Pada awalnya, kain sintetik dicipta adalah untuk menambah baik gentian semula jadi yang berasal dari tumbuhan dan haiwan, menjadikannya tahan lasak dan tahan lebih lama. Contoh gentian sintetik adalah seperti nilon, akrilik dan poliester.

Tidak dinafikan, banyak faedah yang kita perolehi daripada gentian sintetik. Selain yang disebutkan di atas, ia juga menjadikan kain kalis air, kalis kotoran. Tambahan lagi, ianya juga mudah menyerap pewarna, menjadikannya berwarna-warni dan cantik terang. Walaubagaimanapun, kemudaratannya lebih besar dari faedah yang kita perolehi.

Gentian sintetik adalah antara racun untuk hidupan laut dan akan memusnahkan rantai makanan dalam jangka masa panjang.

Seorang profesor dari State University of New York Fredonia, Sherri Mason menjumpai gentian microfiber sintetik di sepanjang salur makanan ikan-ikan dari Great Lakes. Manakala dalam kajian yang lain pula mendapati microfiber (benang-benang halus yang terurai dari kain sintetik) ditemui banyak di sepanjang pantai dimana bahan kumbahan dilepaskan.

Dalam satu kajian lain oleh penyelidik dari University of California mendapati, secara purata, sehelai jaket bergentian sintetik mengurai sehingga 1.7g microfiber pada setiap basuhan. Dan berat ini boleh bertambah dengan pakaian lama.

Microfiber ini kemudiannya akan terkumpul di pusat kumbahan, dan hampir 40% akan seterusnya berakhir di sungai, tasik dan lautan. 


Gentian plastik halus ditemui dalam sampel air dari Blue Hill Bay, Teluk Maine.
Bayangkan berapa banyak microfiber yang akan terkumpul di lautan, yang bukan sahaja akan merosakkan persekitaran, malah menjadi makanan beracun kepada hidupan laut. Bukan sahaja hidupan laut  akan menghadapi risiko untuk mati dalam skala yang besar, manusia juga turut merasa kesannya kerana salah satu sumber makanan kita adalah hidupan laut itu sendiri. 

Oleh sebab itu, sempena Earth Day 2017 pada 22 April ini, kami ingin mengajak anda untuk memelihara alam sekitar dengan memilih untuk bertukar kepada kain atau material berasaskan bahan semula jadi seperti kain kapas, kain bulu dan sutera.







0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More