Tuesday 16 May 2017

FESYEN APA YANG SESUAI DENGAN CIKGU AYU ?



Di dalam era pemodenan sekarang ini, fesyen-fesyen dunia semakin berkembang dengan pelbagai rekaan menarik dan tertarik, debom!

Profesyen sebagai guru yang dilihat profesional, berilmu tinggi, berperibadi mulia dan dedikasi menyebabkan ia adalah salah satu kerjaya yang mulia dan berkaliber di pandang oleh masyarakat.

Sedar atau tidak, guru-guru juga manusia biasa yang memilki naluri untuk kelihatan kemas, segak dan anggun. Guru lelaki biasanya mudah dan ringkas di dalam berfesyen. Apa fesyen guru lelaki? Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang. Tanda nama sekali jangan dilupakan, dan berkopiah atau bersongkok menyesuaikan title nya sebagai guru agama.

Jika ada masanya, guru lelaki akan mengenakan pakaian baju Melayu atau baju batik untuk satu-satu upacara yang dikhaskan.

Guru wanita, sehingga sekarang, di Malaysia, pakaian rasmi dan mudah digayakan oleh mereka adalah baju kurung, baju kebarung, baju kebaya dan kurung Malaysia. Dihasilkan dari pelbagai fabrik yang indah-indah belaka.

Pernah kelihatan, seorang pensyarah berbangsa Cina dari UKM mengenakan baju kurung moden atau baju kurung Malaysia. Cantik dan sopan sungguh melihat beliau. Pandai juga dia memilih material kainnya, cantik dan berkualiti. 

Hasil bacaan kami, bukan sahaja di negara ini sahaja menitik beratkan soal pakaian para guru malah di negara luar pun sama.

Artikel yang di tulis oleh Beth Lewis mengatakan bahawa guru harulah memakai pakaian yang melambangkan seorang guru yang cekap, matang, profesional dan berkeupayaan tinggi di mata anak-anak murid, pihak pengurusan dan ibu bapa. Gambaran luaran menterjemahkan karakter dalaman guru.

Fikirkan faktor-faktor ini ketika memilih fesyen/pakaian untuk insan bergelar guru:

1) Selesa
2) Profesional
3) Memiliki personaliti diri sendiri

Panduan fesyen guru yang disarankan beliau adalah 

1) BERPAKAIAN LONGGAR SESUAI DENGAN POTONGAN BADAN

Jangan pamerkan lentok liuk potongan badan di dalam berpakaian. Tiada pakaian sendat mendat, dat sana, dat sini sama ada wanita atau lelaki.

2) BERGAYA TETAPI JANGANLAH MELAMPAU.

Ikut fesyen atau tren terkini memang boleh, tetapi jangan terlalu terikut-ikut. Ibu bapa akan melihat atas - bawah, atas-bawah apabila guru mengenakan trend fesyen yang tidak sesuai dengan imej guru. Atau guru-guru menggayakan pakaian ala-ala remaja korea. 

Kalau begitulah gayanya, anda di nasihatkan untuk pergi cari pakaian yang ada unsur-unsur klasik seperti kita ada, baju kurung bagi wanita. Untuk lelaki baju kemeja lengan panjang yang dikemaskan dengan memasukkan baju ke dalam seluar (tucked - in).

3) TOLONGLAH BERLENGAN

Pelik bin janggal melihat guru berpakaian tanpa lengan di tangan. Jangan terlampau kasual, rasa segan bila anak murid asyik terfikir guru cukur bulu ketiak atau tidak. Jadinya, JANGANLAH.

4) UNTUK GURU MASIH MUDA BELIA

Memang kita baru keluar "U" dan terus dapat tawaran jadi pendidik, muka masih nampak mentah, kurang pengalaman tidak bermakna anda pun kurang ilmunya. Memberi imej fesyen matang dapat mengatasi masalah ini. Jangan biarkan anak murid membuli kita yang comel macam baby face ini.

Untuk guru yang memiliki keazaman untuk terus kelihatan muda, perasan "kelihatan muda sentiasa" tidak menyebabkan anak murid anda akan terinspirasi menjadi manusia berjaya.

5) BERSOLEK BUKANLAH KAWAN BAIK ANDA

Bersolek lebih sesuai untuk keluarga anda di rumah. Mereka lebih menghargai anda sebagai wanita tercantik di pandangan mereka. 

Suami lebih terpaku melihat kreativiti solekan mulus anda di wajah berbanding anak murid. 

Jadi, bersederhanalah ketika berhadapan dengan anak murid dan warga sekolah yang lain. "More is less", katanya.

6) PAKAI KASUT YANG MENYELESAKAN 

Tidak digalakkan guru memakai kasut tumit tinggi 3 atau lebih. Turun naik , turun naik tingkat 3 amat melelahkan bagi seorang guru bertumit tinggi. Gunakan tenaga anda untuk mengajar bukan tenaga mengagahkan diri menaiki tangga 3 tingkat, seumpanya.

Keselesaan dengan memakai kasut yang bersesuaian dengan guru adalah pilihan yang bijak dan ianya melambangkan kebijakkan.

Ada seorang pakar kewangan menceritakan, bahawa memakai kasut tumit rendah melambangkan ciri-ciri wanita bijak. Jadi, buatlah keputusan yang bijak tuan/puan.

Jarang pula mendengar guru lelaki memakai kasut tumit tinggi! Memang tidak ada! dan Mustahil untuk ada!

7) BERGERMELAPAN HANYA UNTUK RUMAH

Jika guru seorang pengumpul koleksi barang kemas, tinggalkan sahaja yang berderet-deret sampai ke siku itu. Cukuplah bersederhana. 

Ada di kalanagan anak murid kita bukan orang yang senang, emas pun mungkin dia tidak kenal, selami dan hargai perasaan mereka.

Sebentuk cincin di jari manis sahaja cukup minimalis.



8) JAKET MODEN ATAU BLAZER

Warna hitam nampak profesional, tetapi anda boleh memilik blazer yang berwarna lain. Jika kita sudah berpakaian baju kurung, itu sudah nampak profesional tidak perlu ber"blazer". Pakai blazer jika anda ingin padankan dengan blaus dan skirt panjang, nampak pro gitu.

Jika sudah berbaju batik, cukuplah dengan begitu, kerana baju batik itu sudah nampak rasmi dan profesional tidak perlu ber"blazer" lagi. Anda sudah cukup kemas dan bergaya dengan berkemeja batik sahaja.

Jika anda berada di negara sejuk, sesuailah ber"blazer" manjang, walapun ada berpakaian baju kurung batik.

9) GAYA TERSENDIRI

Ada guru dikenali dengan identiti cekak rambut, bersikat tepi misai jongkit, peminat warna pink, dan sebagainya.

Laburkan sedikit untuk membina identiti yang baik untuk diri anda, supaya anak-anak murid terkenangkan gaya tersendiri anda untuk dijadikan kenangan terindah mereka.
.
.
.
Cukuplah sampai di sini untuk panduan fesyen seorang bergelar guru. 

Mendidik jiwa tidak tersasar,
Harapannya dengan penuh gusar,
Impikan anak bangsa memanah busar,
Supaya menjadi insan berjiwa besar.

"Selamat Hari Guru"


Thank you for great reference from this site.

1 comments:

CASINO DINETY LAURIE LAURIE - JTGHub
CASINO DINETY LAURIE, 보령 출장샵 LAURIE – A 김제 출장마사지 CASINO RESORT IS OPEN 24 hours a 정읍 출장안마 day, 전라남도 출장샵 7 days a week, 7 days a week. CASINO DINETY 동해 출장안마 LAURIE LAURIE.

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More