COMFY COSY

Feel the magic of coziness | Selesa.Sopan.Sihat

COMFY COSY BY ABS TEXTILE

Kain Pasang Cotton dan Silk yang berkualiti lagi cantik.

English Cotton

Selesa di pakai, tidak melekat di badan.

JAPANESE COTTON

Kain lembut dan sejuk, mudah digosok, selesa dipakai, terutama bagi kanak kanak.

VIETNAM SILK

Tidak luntur/kecut, sejuk, jatuh terletak, tidak jarang dan kedua-dua belah kain boleh digunakan.

LINEN

Material lembut dan tekstur sedikit berserat (bergaris). Motif bunga kecil yang bergetah.

Wednesday 31 May 2017

APA ADA DI CANDLE LIGHT DINNER?

Sempena Ramadhan ini, ada yang gemar berbuka bersama keluarga di rumah dan tidak kurang juga yang suka berbuka di masjid atau surau. Terpulang kepada citarasa masing-masing mengikut kemampuan diri. Pastinya apabila berbuka perkara pokoknya adalah makanan dan minuman. Kurma atau buah tamar juga perkara yang mesti ada, melengkapi bersama juadah berbuka kita.

Kali ini Kely cuma ingin berkongsi berkenaan kain. Aha..apa kaitan kain dengan berbuka puasa atau Ramadhan pula ye? Ni lah Kely nak bagi tahu ni...

Sebenarnya Kely nak share tentang kain napkin atau alas meja untuk alas makanan dan minuman anda di luar sana.

Kita sudah maklum tentang kegunaan napkin, alas meja dan runner di atas meja makan kita. Tapi sudahkah anda tahu bahawa apakah fabrik yang biasa digunakan untuk dijadikan napkin, alas meja dan runner. Untuk kali ini, Kely nak kongsikan tentang napkin dan alas meja dahulu, manakala runner InsyaAllah di lain entri ye.

Kain memiliki pelbagai kegunaannya yang tersendiri termasuk di meja santapan sebagai napkin dan alas meja untuk tujuan 

+ menceriakan suasana meja

+ mengurangkan haba pada meja

+ mengurangkan kesan tumpahan air dan makanan

+ mengelap mulut dari kekotoran dan menyingkirkan kotoran 

+ menyelamatkan meja dari kecalaran

+ menutup cela permukaan meja 

dan lain-lain lagi anda boleh namakan.

Dan paling utama ia seakan-akan simbolik kepada kesopanan meja untuk diri mahupun tetamu kita. Apa rasanya makan tanpa beralas, rasa macam togel pulak, lainlah anda di kedai mamak. Nama pun kedai mamak, simple sahaja persediaan mejanya. 

Teringin rasa suasana ekslusif apabila makan? Apa kata anda belanjakan sedikit duit untuk "candle light dinner" bersama tersayang. (dicadangkan kepada yang sudah berkahwin sahaja ye). Nah, pasti mejanya beralaskan, siap napkin lagi. 

Oklah, biarkan cerita "candle light dinner", pernahkah kita terfikir untuk tahu dan ambil tahu kain yang bagaimanakah sesuai dijadikan alas meja dan napkin ini. 

Walaupun dua jenis penataan adalah berbeza tetapi fungsi fabriknya mampu menyelesaikan masalah yang hampir sama.


Pemilihan fabrik untuk kegunaan di meja makan haruslah memiliki ciri-ciri seperti berikut : 

1. boleh menyerap air dengan baik
2. mudah dibasuh dengan tangan atau mesin basuh
3. tidak berburas
4. tahan haba
5. tidak licin sehingga mudah diterbangkan
6. selesa dipegang 
7. mudah dilipat dan digulung
8. tahan lasak , tidak mudah terkoyak
9. mesra alam 
10. boleh digunakan berulang kali ~ jimat

Kesemuanya ciri di atas amat sesuai menggunakan fabrik berasaskan linen atau cotton. Jika anda mahu tahu, ada pelbagai jenis cotton pula untuk kesesuaian stail meja anda. Maka, pilihlah yang menarik dan cantik.

Cantikkan napkin ini beserta alas mejanya? Crowdednya, hehehe..



Ada fabrik berasaskan oilcloth yang dihasilkan dari bahan kimia seperti PVC vynil. Ianya sangat tidak sesuai dengan kanak-kanak dan alam sekitar. Tetapi fabrik ini tidak mudah koyak atau lusuh. Cara pembersihannya juga hanya di lap sahaja.

Ada juga kain napkin di hasilkan daripada sutera dan brocade. Itu bertujuan menonjolkan stail mewah bagi yang mementingkan citarasa kemewahan ketika bersantap.

Adakah fabrik untuk dijadikan pakaian sesuai dijadikan napkin? Jawapannya, sesuai juga. Jika kain yang kita gunakan untuk membuat pakaian ada kain lebih, jangan membazir anda boleh gunakan untuk buat napkin meja.

Apakah ukuran sesuai untuk napkin?

Tidak semestinya ukurannya untuk membuat napkin adalah 10" x 10", ianya boleh pelbagai seperti berikut ukurannya:


Anda perlu mengikut kesesuaian dan keperluan, cadangan Kely, jika untuk makan malam boleh gunakan saiz 22" ianya lebih besar.

Orang kita mungkin sangat kurang menggunakan napkin, banyaknya menggunakan alas meja, betul?  Alas meja sangat sesuai menggunakan fabrik seperti digunakan untuk membuat napkin. Cuma yang membezakan adalah ukuran meja masing-masing.

Satu pesanan, apabila memilih kain cotton untuk dijadikan napkin atau alas meja, mohon basuhlah dahulu, keringkan dan diseterika. 

Prosedur ini memudahkan kita mengambil ukuran yang tepat ketika menggunting nanti. Almaklumlah, kain cotton kan mengecut apabila dibasuh.

Oklah, sekarang sudah tahukan jenis fabrik apa untuk kegunaan di meja makan? Tiba masanya, Kely mengundur diri untuk entri kali ini. Kely harap ianya memberi manfaat kepada anda semua. 

Jumpa lagi,












Tuesday 16 May 2017

FESYEN APA YANG SESUAI DENGAN CIKGU AYU ?



Di dalam era pemodenan sekarang ini, fesyen-fesyen dunia semakin berkembang dengan pelbagai rekaan menarik dan tertarik, debom!

Profesyen sebagai guru yang dilihat profesional, berilmu tinggi, berperibadi mulia dan dedikasi menyebabkan ia adalah salah satu kerjaya yang mulia dan berkaliber di pandang oleh masyarakat.

Sedar atau tidak, guru-guru juga manusia biasa yang memilki naluri untuk kelihatan kemas, segak dan anggun. Guru lelaki biasanya mudah dan ringkas di dalam berfesyen. Apa fesyen guru lelaki? Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang. Tanda nama sekali jangan dilupakan, dan berkopiah atau bersongkok menyesuaikan title nya sebagai guru agama.

Jika ada masanya, guru lelaki akan mengenakan pakaian baju Melayu atau baju batik untuk satu-satu upacara yang dikhaskan.

Guru wanita, sehingga sekarang, di Malaysia, pakaian rasmi dan mudah digayakan oleh mereka adalah baju kurung, baju kebarung, baju kebaya dan kurung Malaysia. Dihasilkan dari pelbagai fabrik yang indah-indah belaka.

Pernah kelihatan, seorang pensyarah berbangsa Cina dari UKM mengenakan baju kurung moden atau baju kurung Malaysia. Cantik dan sopan sungguh melihat beliau. Pandai juga dia memilih material kainnya, cantik dan berkualiti. 

Hasil bacaan kami, bukan sahaja di negara ini sahaja menitik beratkan soal pakaian para guru malah di negara luar pun sama.

Artikel yang di tulis oleh Beth Lewis mengatakan bahawa guru harulah memakai pakaian yang melambangkan seorang guru yang cekap, matang, profesional dan berkeupayaan tinggi di mata anak-anak murid, pihak pengurusan dan ibu bapa. Gambaran luaran menterjemahkan karakter dalaman guru.

Fikirkan faktor-faktor ini ketika memilih fesyen/pakaian untuk insan bergelar guru:

1) Selesa
2) Profesional
3) Memiliki personaliti diri sendiri

Panduan fesyen guru yang disarankan beliau adalah 

1) BERPAKAIAN LONGGAR SESUAI DENGAN POTONGAN BADAN

Jangan pamerkan lentok liuk potongan badan di dalam berpakaian. Tiada pakaian sendat mendat, dat sana, dat sini sama ada wanita atau lelaki.

2) BERGAYA TETAPI JANGANLAH MELAMPAU.

Ikut fesyen atau tren terkini memang boleh, tetapi jangan terlalu terikut-ikut. Ibu bapa akan melihat atas - bawah, atas-bawah apabila guru mengenakan trend fesyen yang tidak sesuai dengan imej guru. Atau guru-guru menggayakan pakaian ala-ala remaja korea. 

Kalau begitulah gayanya, anda di nasihatkan untuk pergi cari pakaian yang ada unsur-unsur klasik seperti kita ada, baju kurung bagi wanita. Untuk lelaki baju kemeja lengan panjang yang dikemaskan dengan memasukkan baju ke dalam seluar (tucked - in).

3) TOLONGLAH BERLENGAN

Pelik bin janggal melihat guru berpakaian tanpa lengan di tangan. Jangan terlampau kasual, rasa segan bila anak murid asyik terfikir guru cukur bulu ketiak atau tidak. Jadinya, JANGANLAH.

4) UNTUK GURU MASIH MUDA BELIA

Memang kita baru keluar "U" dan terus dapat tawaran jadi pendidik, muka masih nampak mentah, kurang pengalaman tidak bermakna anda pun kurang ilmunya. Memberi imej fesyen matang dapat mengatasi masalah ini. Jangan biarkan anak murid membuli kita yang comel macam baby face ini.

Untuk guru yang memiliki keazaman untuk terus kelihatan muda, perasan "kelihatan muda sentiasa" tidak menyebabkan anak murid anda akan terinspirasi menjadi manusia berjaya.

5) BERSOLEK BUKANLAH KAWAN BAIK ANDA

Bersolek lebih sesuai untuk keluarga anda di rumah. Mereka lebih menghargai anda sebagai wanita tercantik di pandangan mereka. 

Suami lebih terpaku melihat kreativiti solekan mulus anda di wajah berbanding anak murid. 

Jadi, bersederhanalah ketika berhadapan dengan anak murid dan warga sekolah yang lain. "More is less", katanya.

6) PAKAI KASUT YANG MENYELESAKAN 

Tidak digalakkan guru memakai kasut tumit tinggi 3 atau lebih. Turun naik , turun naik tingkat 3 amat melelahkan bagi seorang guru bertumit tinggi. Gunakan tenaga anda untuk mengajar bukan tenaga mengagahkan diri menaiki tangga 3 tingkat, seumpanya.

Keselesaan dengan memakai kasut yang bersesuaian dengan guru adalah pilihan yang bijak dan ianya melambangkan kebijakkan.

Ada seorang pakar kewangan menceritakan, bahawa memakai kasut tumit rendah melambangkan ciri-ciri wanita bijak. Jadi, buatlah keputusan yang bijak tuan/puan.

Jarang pula mendengar guru lelaki memakai kasut tumit tinggi! Memang tidak ada! dan Mustahil untuk ada!

7) BERGERMELAPAN HANYA UNTUK RUMAH

Jika guru seorang pengumpul koleksi barang kemas, tinggalkan sahaja yang berderet-deret sampai ke siku itu. Cukuplah bersederhana. 

Ada di kalanagan anak murid kita bukan orang yang senang, emas pun mungkin dia tidak kenal, selami dan hargai perasaan mereka.

Sebentuk cincin di jari manis sahaja cukup minimalis.



8) JAKET MODEN ATAU BLAZER

Warna hitam nampak profesional, tetapi anda boleh memilik blazer yang berwarna lain. Jika kita sudah berpakaian baju kurung, itu sudah nampak profesional tidak perlu ber"blazer". Pakai blazer jika anda ingin padankan dengan blaus dan skirt panjang, nampak pro gitu.

Jika sudah berbaju batik, cukuplah dengan begitu, kerana baju batik itu sudah nampak rasmi dan profesional tidak perlu ber"blazer" lagi. Anda sudah cukup kemas dan bergaya dengan berkemeja batik sahaja.

Jika anda berada di negara sejuk, sesuailah ber"blazer" manjang, walapun ada berpakaian baju kurung batik.

9) GAYA TERSENDIRI

Ada guru dikenali dengan identiti cekak rambut, bersikat tepi misai jongkit, peminat warna pink, dan sebagainya.

Laburkan sedikit untuk membina identiti yang baik untuk diri anda, supaya anak-anak murid terkenangkan gaya tersendiri anda untuk dijadikan kenangan terindah mereka.
.
.
.
Cukuplah sampai di sini untuk panduan fesyen seorang bergelar guru. 

Mendidik jiwa tidak tersasar,
Harapannya dengan penuh gusar,
Impikan anak bangsa memanah busar,
Supaya menjadi insan berjiwa besar.

"Selamat Hari Guru"


Thank you for great reference from this site.

IBUMU, GURU PALING BERJASA DALAM HIDUPMU.


Seekor anak gajah baru sejam dilahirkan, masih lemah. 

Sekawanan gajah akan berkumpul di dalam kumpulan untuk memastikan keselamatan anak gajah selamat. Anak gajah, lahir- lahir tidak pandai berdiri sendiri. 

Ibu gajah akan mengajar anaknya mengenal dunia dengan mengajar pelajaran utamanya, berdiri dengan sendiri. 

Ibu gajah akan memastikan anaknya boleh berdiri seterusnya boleh berjalan, walaupun ianya terkadang tergolek lemah, ibu akan menyokongnya, bangun semula nak, kita perlu teruskan pelajaran ini untuk kehidupan di masa hadapan. 

Anak gajah mula menyusu dari ibunya, tidak dijumpai manakah tempat mahu menyusu, ibu akan mendorongkan belalainya kepada mulut anak gajah untuk tempat susuannya. Menyusulah si anak gajah. 

Puas menyusu, ramai sekawanan gajah akan dapat menyapa si anak gajah, tanda inilah kumpulan sekawananmu anak, saudara mara mu anak, maklum ibu kepada anak gajah.

Terharu melihat dokumetari dari BBC Earth mengenai "Secret Spy", di mana mereka merakamkan pengambaran kelahiran anak gajah dan bondingnya dengan ibu gajah. 

Ibu, adalah guru pertama di dalam kehidupan, dia telah mengajar rutin kehidupan anak-anaknya. Terpulanglah caranya mendidik serta mendoktrin pemikiran anaknya sama ada mengikut acuan Al Quran dan Sunnah Rasulullah atau tidak. 

Beruntunglah si anak di ajar oleh ibu yang faham agama dan mahukan anaknya juga terdiri dari golongan pengamal Al Quran dan Sunnah Nabi.

Ibu juga akan menanamkan sikap bagaimana dia dengan manusia lain, juga akhlaknya dengan guru-guru di sekolahnya nanti. Beruntunglah duhai anak yang dari kecilnya di ajar adab mulia dan tauhid kepada tuhanmu oleh ibumu.

Tak boleh nak cerita panjanglah kali ini sebab sebak teringat cerita anak gajah dan ibunya. Kita sambung cerita fesyen lain kali ye. SOB. SOB . SOB

Hargailah ibumu, Allah menjanjikan syurga!
Hargailah ibumu, kerna Rasul memuliakan dia !
Hargailah ibumu, guru mu yang teragung!
Hargailah ibumu, sungguh jasanya tidak terkira !


I Love U, Mama


Sunday 14 May 2017

INI FABRIK PALING MAHAL DOKEK DUNIO!

Memang pakaian dari fabrik ini mahal-mahal belaka. Tengok saja dah tahu, apatah lagi merasainya. 

Mereka yang tahu menilai akan menjiwai nilai material fabrik-fabrik ini kerna tahu betapa bernilainya sepasang kain sepanjang 4 meter membaluti tubuh mereka.

Apabila kita memiliki salah satu koleksi fabrik ini di dalam lemari pakaian, katakan begini di dalam hati sambail tutup mata dan senyum, "Alhamdulillah, Allah beri nikmat aku memiliki baju-baju ini, syukur alhamdulillah ya Allah." 

Allah itu Maha Indah, maka dia suka hambaNya mempamerkan rasa syukurya dengan nikmat yang diberikan. 

Bagaimana nak pamerkannya? adakah dengan menunjuk-nunjuk, bangga? Bukan, bukan, bukan ...., cukup dengan memakainya sambil mengucap alhamdulillah, memelihara kualiti fabrik itu serta tidak merosakkannya.

Material fabrik mahal seperti sutera, bulu biri-biri(wool), bulu binatang (fur), baldu (velvet), linen, kapas dan sebagainya menjadi pilihan atau impian untuk koleksi pakaian di dalam lemari kita bukan sahaja kerana rekaannya dan keselesaaanya tetapi juga kerana kualiti material ini. 

Di antara jenis-jenis material di atas, 4 berikut di bawah adalah yang paling mahal di muka bumi ini.

1. Bulu vicuña 

Comelnya, si Vicuna.
Bulu binatang ini paling lembut, paling jarang dijumpai, dan paling mahal di dunia adalah dari bulu binatang vicuña . Bulu dari vicuña ibarat mencari mutiara asli lebih senang dijumpai berbanding memiliki bulu vicuña 

Binatang ini terdiri dari spesis unta yang banyak terdapat di gunung dan susuk tubuhnya seperti Ilama. 

Binatang ini banyak terdapat di Andes, Selatan Amerika, Bolovia, Chile, Argentina dan Peru. Ada sumber mengatakan bahawa harganya adalah US$ 2,000 / yard. 

Fabrik yang dihasilkan memiliki kualiti dari segi kelembutannya yang amat lembut dan halus, ringan dan kehangatan yang menyelesakan.

(* 1 yard ~ 36 inchi.)

2. Bulu kambing biri- biri (Wool)

Bulu-bulu dari kambing biri-biri yang paling mahal di dunia adalah dari biri-biri Vucana, haiwan rasmi negara Peru kerana bulunya hanya diketam setiap 3 tahun sekali. 

Fabrik bersumberkan bulu biri-biri jenis ini digunakan untuk pakaian dan perhiasan rumah. Harganya yang mahal boleh menghasilkan satu selendang yang bernilai sekitar ~ $20,000!. 

Pernah dengar cashmere? Ini pun kategori bulu kambing biri-biri, pun mahal jugak ni.

3. Sutera

Dekat syurga pun disebut-sebut pakaian ahli syurga dari sutera yang tersangat-sangat mahal dan indah, apatah lagi di dunia, sutera dunia. Sutera ini sebenarnya boleh dihasilkan dari pelbagai sumber alami seperti ulat sutera dan labah-labah. 

Makanya, adalah kategori sutera seperti Sutera Mulberi (Mulberry Silk), Muga Silk, sutera labah-labah (Spider Silk), charmeuse silk adalah di antara jenis-jenis sutera yang terkenal dan memiliki nilai sutera tertinggi. 

InsyaAllah, di entri yang lain kami cerita berkaitan jenis - jenis sutera pula.

4. Bulu binatang (Fur)

Bulu dari harimau bintang paling mahal di dunia setakat ini. Bulu dari binatang adalah sudah lama digunakan di dalam industri fesyen zaman berzaman. 

Bulu binatang yang lembut sesuai sangat dijadikan pakaian dan bahan perhiasan rumah.

5. Linen

Fabrik dari jenis linen menawarkan kepada ada gaya dan kualiti sekaligus. 

Linen berasal dari fiber tumbuhan flaks yang ditenun. 

Kualiti fabrik linen adalah bergantung kepada pohonnya. 

Fabrik linen menjadi pilihan ramai adalah kerana kelasakannya, ringan dan daya pengeringan yang cepat.





Di harap adalah vicuna lagi hidup di muka bumi tuhan yang serba mewah ini. Tak sanggup hendak pakai baju vicuna kalau vicuna sudah tidak ada lagi, kesian vicuna. 

Pilihan fabrik kita masih banyak walaupun kami sebutkan lima sahaja di atas, anda pilih yang mana satu di atas jika ingin merasakan kemewahan, chewah..! 

Jika anda inginkan rasa kemewahan, kenyamanan, keindahan, keselesaan kami menyediakan kain linen dan kain sutera yang berkualiti tinggi setanding kelembutan dan keselesaanya.

Untuk kelihatan menawan dan mewah, bolehlah anda tempah dengan kami linen dan sutera seperti di bawah:

1) klik Borang Tempahan 

2) PM FB : Kely Fashions

3) WA WA 0197847506


Thank you for your wonderful knowledge. 
Kredit : boldsky.com and gulf-luxury.com.

Ikhlas dari,



Thursday 11 May 2017

TIP PILIH PAKAIAN BERKUALITI

Kadang-kadang kita "frust" bila pakai baju atau kain , zipnya tetiba tak boleh nak zip balik. Pakai baju kurung, baru dua tiga kali pakai nampak macam baju dah lama, lusuh. Beli baju "blouse" dah mula nak tertetas di bahagian tangan. Pakai baju t-shirt, rasa macam ada menggigit - gigit kulit, mungkin serat baju tidak ditenun dengan rapi dan kemas menyebabkan badan terasa gatal.

Jadi apakah tip yang perlu untuk memilih pakaian yang baik dan berkualiti untuk diri sendiri ketika membeli belah.

1.  Pilih zip besi berbanding zip plastik

Kekerapan penggunaan zip plastik mengakibatkan keadaan zip itu cepat haus, kesukaran untuk dizip, mungkin kerap tersangkut-sangkut ketika mengezip kain atau keadaan zip yang keluar dari trek zip anda.

2. Butang gantian tambahan

Jika anda membelek pakain baru anda, pernahkah anda melihat ada satu biji butang lebihan dijahitkan pada sesetengah bahagian dalam baju, butang itu sama bentuk dan warnanya. Pereka pakaian ini sangat prihatin kepada penggunanya sehingga dia memikirkan untuk memudahkan penggunanya dengan tidak perlu bersusah payah tercari-cari butang yang serupa dengannya, pereka memiliki perasaan empati yang tinggi. Dan ada juga menyertakan sekali, sedikit benang berwarna sesuai untuk memudahkan pelanggannya menjahit bersama butangnya ketika terdesak nanti. Ini ciri-ciri pakaian yang mementingkan kualiti.

3. Gentian asli

Kain pasang Linen ComfyCosy
Penggunaan gentian sintetik untuk pakaian adalah tidak sihat untuk tubuh dan memerlukan penjagaan yang leceh terutama untuk pembersihan kering pakaian. Pakaian yang tinggi nilainya, sentiasa memilih untuk menggunakan gentian asli sebagai fabriknya. Penggunaaan gentian asli seperti sutera, kapas, linen dan bulu dalam penghasilan pakaian sering mendapat hati pelanggan kerana ianya memberi kualiti kepada kehidupan yang lebih sihat. 

4. Potongan yang baik

Baju yang berkualiti rendah, gemar meminimakan penggunaan kain yang banyak untuk bahagian - bahagian tertentu contohnya belakang bahu ke sambungan tangan, lapisan di bahagian kelengkang jika seluar, dan lain-lain. Jika baju kelihatan cantik digayakan pada penyidai baju, begitulah ia juga pada bahagian bahu anda. Pakaian berkualiti sering menyelarikan "drape" yang sesuai dengan keperluan badan dan fesyen yang ingin dihasilkan. 


5. Jahitan yang kukuh

Jika memilih busana, cuba lihat pada bahagian jahitan busana tersebut. Adakah terdapat tanda-tanda seperti jahitan longgar seperti ingin terburai, jahitannya kasar, jahitan bengkang bengkok, dan lain-lain ketidaksempurnaan. 

Cuba anda pegang di antara dua jahitan dan regangkan sedikit, apa yang anda lihat, terdapat kesan-kesan rekahan pada tenunan fabrik? Jahitan yang kukuh membantu si pemakai meningkatkan keyakinan diri mereka. Jika mereka lakukan aktiviti lasak tidak menyebabkan koyak yang tidak disengajakan pada bahagian yang memalukan, selamatlah dunia. Keistimewaan kain pasang ComfyCosy, semuanya bergred 1 dan terbaik dan anda pakai dengan berkeyakinan.

6. Padanan sambungan jahitan.

Mahukah anda memakai pakaian yang dijahit sembarangan coraknya? Sepatutnya corak berdiri, dibuatnya melintang, sepatutnya semua corak bunga di bawah, dan disesuaikan dengan kain yang bercorak serupa. Kreativiti pereka fesyen sangat bijak di dalam membuat padanan corak sambungan jahitan. Oleh yang demikian mereka diangkat di atas nilai kreativiti dan identiti mereka tersendiri, sebab itu baju yang didesain oleh pereka fesyen khas untuk pelanggannya mahal. Padanan sambungan jahitan perlulah masuk akal dan diterima oleh ramai penggemar fesyen marhaen.

7. Butang dan lubang butang


Anda pasti tidak mahu apabila membuka butang baju dengan kesusahan betul? Lebih-lebih lagi berlaku ketika anda kecemasan masuk tandas dan mahu tanggalkan butang di bahagian tertentu. Pilihlah busana yang memiliki lubang butang baju yang sesuai dengan butang bermaksud ianya senang ditanggalkan dan senang pasangkan semula. Periksa sama ada jahitan butang anda kukuh melekat pada pakaian anda. Periksa jahitan pada lubang butang sama ada kemas atau ada benang-benang yang tertanggal. Periksa kemasan pada butang baju, adakah butang seperti ada kesan serpihan, butang tidak sepadan dengan butang yang lain, periksa juga butang tambahan gantian anda sama jenis dengan deretan butang yang sedia ada. Jika tidak menepati ianya bukan yang berkualiti untuk anda, letakkan dengan rapi semula di rak pakaian tadi.

8. Benang

Benang yang tidak berkualiti akan menyebabkan baju, kain atau seluar mungkin terkoyak atau tertetas ketika anda cuba meregangkan badan atau tangan. Jahitan yang bagus adalah dari jahitan yang kemas dan benang yang kukuh. Jahitan longgar dari benang yang berkualiti pun tidak membawa manfaat juga. Ini bermaksud, kita tidak mahukan benang terputus pada pakaian anda. Periksa di semua bahagian pakaian yang berpotensi untuk terkoyak. seperti bahagian celahan kelengkang, celahan ketiak, zip kain dan seluar, hujung tangan dan hujung kaki, dan hujung baju.

9. Kemasan lipatan jahitan.


Ada bahagian baju yang mempunyai lipatan jahitan yang kemas. Ianya di nilai melalui kekemasan jahitan pada lipatan, biasanya ia melibatkan bahagian jahitan lengan kemeja lelaki, seluar jeans, seluar panjang. Jikanya lipatan yang dijahit itu rata dan tiada kedutan yang ketara, ianya adalah jahitan yang mahir dan berkualiti. 

Kualiti busana akan tetap terpelihara jika anda menghargai kualiti tersebut dengan penjaagaan asas fabrik kain yang digunakan. Pemilihan pakaian adalah seperti pelaburan, ini kerana pakaian yang berkualiti ada harganya yang perlu dibayar dengan nilai yang tinggi. Jagalah pakaian yang kita beli itu sebaik-baik penjagaan supaya ianya memberikan manfaat jangka panjang kepada diri kita.

Kredit : thebalance.com


K E L Y
Better Life.

Wednesday 3 May 2017

PROMOSI SEMPENA HARI PEKERJA 1-5 MEI 2017


Pernah tak kita memberi hadiah untuk diri sendiri? Tidak kisahlah sama ada waktu dapat gaji, setelah berusaha keras untuk sesuatu projek atau sebarang pencapaian diri kecil juga besar. Ada yang kata "ye saya ada bagi hadiah untuk diri saya", ada yang juga kata "tak yahlah", dan macam-macam lagi. Memberi hadiah kepada diri sendiri adalah salah satu motivasi untuk diri kita yang sememangnya sangat berharga sekurang-kurangnya sepotong kek Dan kita perlu mengucapkan syukur, dengan berkata di dalam hati "alhamdulillah" dengan berulang-ulang kali.

Oleh yang demikian, macam mana cara nak reward diri kita ni? Sudah bertahun-tahun kerja pasti ada something yang kita mahukan, yang menjadi ingatan dan mungkin boleh leverage pada legasi akan datang, contohnya baju terpakai yang cantik dan masih lawa, jam tangan mahal berkualiti, beg tangan berkualiti, set pinggan mangkuk, set periuk belanga, batu lesung, mesin menjahit yang berkualiti, dan macam - macam lagilah.

Kajian menunjukkan, penghargaan yang kecil dapat menghasilkan pengawalan diri yang baik. Penghargaan yang diberikan kepada diri sendiri bukan bermakna kita seperti pentingkan diri sendiri (selfish), ianya sebagai satu motivasi untuk buat lagi, dan buat lagi pencapaian hidup yang baik. Memberikan penghargaan kepada diri sendiri adalah perkara yang sihat kerana anda sudah berjaya mengharungi dan melepasi fasa kesusahan dan sedang membina fasa kejayaan dan insyaAllah berjaya. Proses ini akan berulang-berulang mengikut projek yang sedang lakukan sekarang ini, Dan penghargaan juga akan berulang - ulang mengikut pencapain kejayaan kita. Ingat walau sekecil mana kejayaan kita, hargai lah jerih payah itu dengan "treat".

Bersempena Hari Pekerja, ini juga penghargaan yang diberikan kerajaan untuk setiap individu yang bekerja waimah suri rumah tangga. Hari cuti untuk anda berehat bersama keluarga, satu nikmat yang terindah, bertambah jika bersambung dengan Sabtu Ahad, atau Jumaat Sabtu (pantai timur, Johor).
Rasa lega dan bersemangat semula apabila naik kerja keesokannya. Atau cikpuan /puan mahu berehat selamanya? Boleh, reward diri kita bila sudah pencen pula ketika menjadi warga emas.

Salah satu reward dengan membelikan kain pasang yang berkualiti adalah satu penghargaan kepada tubuh badan kita yang banyak kita gunakan. Apabila, diri disaluti dengan pakaian yang tinggi kualitinya, sihat untuk kulit dan cantik dipandang, tidak dapat digambarkan lagi badan yang memakainya, tak gitu puan?

Sempena Hari Pekerja ini Kely Fashions nak bawakan promosi Comfy Cosy bermula 1 hingga 5 Mei ini.  Promosi 4 + 1.

Maksudnya beli 4 pasang kain, anda dapat PERCUMA 1 kain pasang mengikut terma dan syarat.

Kami bagi senario begini:

SENARIO 1

+ Beli 2 pasang kain English Cotton
+ Beli 2 pasang kain Japanese Cotton

Anda pilih mana-mana corak English atau Japanese Cotton yang anda mahukan secara PERCUMA.

* Harga English Cotton dan Japanese Cotton adalah RM 85 sepasang
* Caj pos adalah RM 10 dan RM3 untuk setiap tambahan kain pasang (semenanjung)
* Caj pos adalah RM 15 dan RM 5 untuk setiap tambahan kain pasang (sabah/sarawak)

Jumlah harga kain RM 340.00
Jumlah caj pos (semenanjung) RM 19.00
Jumlah keseluruhan RM 359.00
*aplikasikan caj pos sabah /sarawak bila perlu.

Untuk 1 kain pasang FREE dan TIADA CAJ POS dikenakan.

UNTUNGNYA anda dapat 1 kain pasang TOTALLY FREE bernilai RM 95.00.

UNTUNGNYA harga kain sepasang adalah RM 68.00 sahaja, anda JIMAT 17.00

SENARIO 2

+ Beli 2 pasang kain Vietnam Silk Orkid
+ Beli 1 pasang kain Vietnam Silk Teratai
+ Beli 1 pasang kain Vietnam Silk Sakura

Anda pilih mana-mana SATU sutera vietnam di bawah : 

    Vietnam Silk Orkid    (VSO)  atau
    Vietnam Silk Teratai  (VST)   atau
    Vietnam Silk Sakura  (VSS)   atau
    Vietnam Silk Ixora     (VSI)

 secara PERCUMA.

* Harga kain sutera vietnam VSO, VST, VSS, VSI adalah RM 170 sepasang
* Caj pos adalah RM 10 dan RM3 untuk setiap tambahan kain pasang (semenanjung)
* Caj pos adalah RM 15 dan RM 5 untuk setiap tambahan kain pasang (sabah/sarawak)


Jumlah harga kainRM 680.00
Jumlah caj pos (semenanjung)RM 19.00
Jumlah keseluruhanRM 699.00
*aplikasikan caj pos sabah /sarawak bila perlu.

Untuk 1 kain pasang FREE dan TIADA CAJ POS dikenakan.

UNTUNGNYA anda dapat 1 kain pasang TOTALLY FREE bernilai RM 170.00.

UNTUNGNYA harga kain sepasang adalah RM 136.00 sahaja, anda JIMAT RM34.00


SENARIO 3

+ Beli 4 pasang kain Vietnam Silk tanpa kaki

Anda pilih mana-mana SATU sutera vietnam tanpa kaki di bawah : 

 Vietnam Silk tanpa kaki secara PERCUMA.

* Harga kain sutera vietnam tanpa kaki RM 145/sepasang
* Caj pos adalah RM 10 dan RM3 untuk setiap tambahan kain pasang (semenanjung)
* Caj pos adalah RM 15 dan RM 5 untuk setiap tambahan kain pasang (sabah/sarawak)

Jumlah harga kain (RM145 x 4 pasang)RM 580.00
Jumlah caj pos (semenanjung)RM 19.00
Jumlah keseluruhanRM 599.00
*aplikasikan caj pos sabah /sarawak bila perlu.

Untuk 1 kain pasang FREE dan TIADA CAJ POS dikenakan.

UNTUNGNYA anda dapat 1 kain pasang TOTALLY FREE bernilai RM 145.00.

UNTUNGNYA harga kain sepasang adalah RM 116.00 sahaja, anda JIMAT RM29.00


SENARIO 4

Beli 4 pasang kain pelbagai jenis :

+ 1 kain English cotton (EC)
+ 1 kain Vietnam silk tanpa kaki (VS)
+ 1 kain  Vietnam Silk Jasmin (VSJ)
+ 1 kain Vietnam Silk Orkid (VSO)

Anda boleh pilih mana - mana SATU kain pilihan anda dan bayaran kain pula akan dikira untuk 4 pasang kain tertinggi harganya termasuk kain pilihan anda.

* Harga kain English Cotton RM 85/sepasang
* Harga kain Sutera Vietnam tanpa kaki RM 145/sepasang
* Harga kain Sutera Vietnam Jasmin (VSJ) RM 155/sepasang
* Harga kain Sutera Vietnam Orkid (VSO) RM 170/sepasang
*Anda pilih kain Sutera Vietnam Cempaka (VSC) RM 180/sepasang

* Caj pos adalah RM 10 dan RM3 untuk setiap tambahan kain pasang (semenanjung)
* Caj pos adalah RM 15 dan RM 5 untuk setiap tambahan kain pasang (sabah/sarawak)

Kiraan untuk senario ini berbeza sedikit, terma dan syarat menetapkan bahawa kiraan kain adalah 4 jenis kain tertinggi harganya seperti berikut:

Jumlah harga kain (RM180 + RM170 + RM155 + RM145)RM 650.00
Jumlah caj pos (semenanjung)RM 19.00
Jumlah keseluruhanRM 669.00
*aplikasikan caj pos sabah /sarawak bila perlu.

Untuk 1 kain pasang FREE dan TIADA CAJ POS dikenakan.

UNTUNGNYA anda dapat 1 kain pasang TOTALLY FREE bernilai RM 85.00.

UNTUNGNYA anda boleh memiliki Vietnam Silk Cempaka dengan harga RM133.80 sahaja, dan JIMAT sebanyak RM 46.20. 


Berbaloi-baloi sangat.
Nak tempah kain sutera vietnam dan kain cotton yang selalu sold out ni?

Baiklah, tempah dengan promosi ini sehingga 5 Mei 2017.
Whatsapp 0197847506
Whatsapp 0197847506
Whatsapp 0197847506

EARTH DAY DAN FABRIK, APA CERITANYA?


Semenjak saya menonton siaran di BBC Earth, tengok cerita pasal hutan, cerita pasal binatang, cerita pasal alam, boleh kata semuanya lah tentang kehidupan sama ada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Channel BBC Earth bagi saya, mendekatkan saya dengan alam semulajadi dan membuatkan saya kagum dengan ciptaan Allah. Mereka di BBC Earth banyak membuat kajian dan mereka mengambil serius tentang alam kerana mereka risaukan tentang keadaan bumi yang semakin tua dan banyak kehidupan semakin pupus akibat tangan-tangan manusia yang rakus. MasyaAllah, salah satu yang saya suka program Wild New Zealand, SuperVet, Trust Me! I'm a doctor dan banyak lagi. Semua intipatinya adalah fakta, cerita kehidupan sebenar alam, ilmu pengetahuan yang "rare", dan saya tak jumpa di rancangan stesyen Malaysia kecuali boleh kata 30% sahaja atau mungkin kurang dari itu rancangan memandaiakan bangsa.

Eh, saya dok bersembang pulak pasal TV ye, bukan apa ada satu rancangan  di BBC Earth tu ada cerita pasal warna, haaa warna pun depa dok kaji dan jadikan siaran TV tau kat BBC Earth. Saya tak abis tengok lagi bila ada masa, saya ulas no. Bila cerita pasal warnakan, fabrik kita ni kan ada warna-warna, kalau tak ada warna tak meriahlah si pemakai. Warna yang dipilih untuk fabrik dan dialunkan menjadi corak pada fabrik, emppph cantik sungguh. Kaum Hawa kalau warna tak cantik dan tak kena pada jiwa depa, tak mau eh depa nak pakai, tak cun katanya.

Rasa macam nak pengsan tengok tv di negara sendiri, bila switch on sahaja TVx, TV#, TV%, dan yang sewaktu dengannya 70% hiburan semata. Harapnya, banyaklah membaca buku-buku ilmiah semuanya agar kita tidak menjadi bangsa yang ketinggalan zaman sangat dengan negara yang dok selalu hantar bangsanya ke bulan, buat dokumenteri pasal sungai bersih, bunga sakura, resepi sihat, atau cara kerja efisien menghasilkan sebuat kotak tahan lasak seperti di Channel NHK World. Saya fikir channel ini lah yang banyak meraikan "Earth Day" dan cintakan bumi kita ini.

Tahukah anda, fabrik kita yang menjadikan kita berpakaian sehingga ke hari ini. Bayangkan jika tiada teknologi pembuatan fabrik, masak kita, sebab tidak berbaju, berkain dan sebagainya. Teknologi pembuatan fabrik untuk dijadikan pakaian seharian sudah wujud dari zaman dahulu lagi. Zaman Nabi Adam, manusia pertama Allah ciptakan, sudah ada fabrik. Maka dia semakin berkembang sehingga hari ini dan terciptalah pelbagai jenis fabrik untuk kegunaan manusia sejagat. Untuk manusia dan bumi, fabrik berasal dari sumber alam semulajadi adalah yang PALING BAIK, PALING ALAMI, PALING SELAMAT untuk manusia dan bumi.

Pada awalnya, kain sintetik dicipta adalah untuk menambah baik gentian semula jadi yang berasal dari tumbuhan dan haiwan, menjadikannya tahan lasak dan tahan lebih lama. Contoh gentian sintetik adalah seperti nilon, akrilik dan poliester.

Tidak dinafikan, banyak faedah yang kita perolehi daripada gentian sintetik. Selain yang disebutkan di atas, ia juga menjadikan kain kalis air, kalis kotoran. Tambahan lagi, ianya juga mudah menyerap pewarna, menjadikannya berwarna-warni dan cantik terang. Walaubagaimanapun, kemudaratannya lebih besar dari faedah yang kita perolehi.

Gentian sintetik adalah antara racun untuk hidupan laut dan akan memusnahkan rantai makanan dalam jangka masa panjang.

Seorang profesor dari State University of New York Fredonia, Sherri Mason menjumpai gentian microfiber sintetik di sepanjang salur makanan ikan-ikan dari Great Lakes. Manakala dalam kajian yang lain pula mendapati microfiber (benang-benang halus yang terurai dari kain sintetik) ditemui banyak di sepanjang pantai dimana bahan kumbahan dilepaskan.

Dalam satu kajian lain oleh penyelidik dari University of California mendapati, secara purata, sehelai jaket bergentian sintetik mengurai sehingga 1.7g microfiber pada setiap basuhan. Dan berat ini boleh bertambah dengan pakaian lama.

Microfiber ini kemudiannya akan terkumpul di pusat kumbahan, dan hampir 40% akan seterusnya berakhir di sungai, tasik dan lautan. 


Gentian plastik halus ditemui dalam sampel air dari Blue Hill Bay, Teluk Maine.
Bayangkan berapa banyak microfiber yang akan terkumpul di lautan, yang bukan sahaja akan merosakkan persekitaran, malah menjadi makanan beracun kepada hidupan laut. Bukan sahaja hidupan laut  akan menghadapi risiko untuk mati dalam skala yang besar, manusia juga turut merasa kesannya kerana salah satu sumber makanan kita adalah hidupan laut itu sendiri. 

Oleh sebab itu, sempena Earth Day 2017 pada 22 April ini, kami ingin mengajak anda untuk memelihara alam sekitar dengan memilih untuk bertukar kepada kain atau material berasaskan bahan semula jadi seperti kain kapas, kain bulu dan sutera.







Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More