Thursday 23 March 2017

Berfesyen dari dulu.

Kebiasaannya, bila tiba bulan Ramadhan, mama akan bertanya pada ku, "kakak nak buat baju macam mana raya ni?". Apa lagi , saya merakas menggapai pencil box dan buku kosong untuk mula berangan menjadi pereka fesyen. Saya mula mendesain rekaan baju raya tahun ini beserta warna yang diinginkan. 

Mama sememangnya seorang yang serba boleh, multi tasking, all rounder, gitulah saya menilai mama. Mama saya, cekap menjahit , cepat memasak, cermat berbelanja dan cerewet mengemas hahahha. Alhamdulillah, dengan berkat cerewetnya saya jadi juga manusia akhirnya.

Ok, pasal fesyen ni, mama akan cuba sedaya upaya menjahit baju raya yang saya siapkan desainnya. Kadang-kadang, baju gaun ropol-ropol, kadang - kadang baju kurung Malaysia, kadang-kadang baju punjabi, kadang-kadang kebaya. Zaman kanak-kanak bolehlah melaram nak pakai baju kurung Malaysia, zaman meningkat usia ni rasa macam tak tergamak nak pakai baju kurung Malaysia lagi.

Mama akan cuba mencari kain yang sesuai untuk anak-anaknya, selalu mama akan pilih satu papan kain untuk anak-anak perempuannya. Makanya, baju raya saya dan adik-adik perempuan saya akan menjadi seperti "boria". Saya ada 8 orang adik beradik perempuan, bayangkan satu geng marhaban akan berjalan sedondon pergi beraya sanak saudara. 

Tetapi saya dan adik-adik tidak pernah komplem malah kami happy sesangat, sebab "sehati sejiwa", sebab senang nak cari kalau jalan jauh-jauh, sebab tak peduli apa orang cakap pakai baju sekayu.

Untuk mama, yang penting kain yang digunakan mestilah selesa dipakai atau digayakan. Al maklum, zaman ini kami sibuk berlari-lari ke sana ke sini, termasuk kena kejar anjing masa beraya, marhaban dari rumah ke rumah, main masak-masak ngan adik-adik kat kampung dan lain-lain aktiviti kanak-kanak riang. Pilihan kain yang popular mama gunakan adalah kain cotton. 

Mungkin zaman dahulu harganya murah sedikit berbanding sekarang, maka bolehlah beli sekayu untuk satu keluarga. Saya tidak pasti jenis apa kain cottonnya tetapi saya paling suka rasa kainnya sebab selesa bila berpeluh dan senang menggosok untuk adik-adik saya yang ketika itu masih kecil-kecil. Jenuh akak menggosok baju raya dah macam ala- ala kedai dobi gitu.

Zaman sekarang, sudah banyak pilihan kain cotton, dari jenisnya , warnanya, corak dan motifnya. Comfy Cosy menyediakan fabrik kain cotton yang berkualiti dan cantik-cantik belaka. Seperti di bawah kain pasang jenis Japanese Cotton, mempunyai pelbagai warna dan rekaan corak yang sangat-sangat WOW!!!


Japanese Cotton
🌸cotton berkualiti
🌸 kain lembut dan sejuk
🌸 mudah digosok
🌸 selesa dipakai, terutama bagi kanak kanak
🌸 3.5 meter, bidang 56 inci
🌸 corak menarik dan cantik

Kainnya menyejukkan badan, ibarat ada aircond semulajadi.  

Kain pasang Japanese Cotton ini HOT SELLING di kalangan penggemar kain cotton. Corak cantik, kain sedap, senang basuh, senang gosok, harga berpatutan, hati tenang dan senang.


#comfycosy
#abstextile
#kaincotton

1 comments:

comfy cosy - feel the magic of coziness

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More