Pernah rasa badan berlengas dengan peluh? Lepas tu melekit-lekit dan melekat-lekat dekat badan baju yang kita pakai. Aduhai rasa macam "time" tu juga mahu mandi. Itulah perasaanya bila badan kita berpeluh ketika berdiri di bawah terik cahaya mentari ketika bertandang ke kenduri kahwin rakan taulan atau sanak saudara. Anak pulak buat hal, menangis bagai nak minta ais krim malaysia yang ada di sediakan untuk tetamu kanak-kanak. Oooh kesabaran sedang di uji sehingga menaikkan suhu badan ke tahap menggelegak!
Tenang..
Tenang..
Tenang..
Bayangan kepanasan dengan pelu memercik dari dahi hingga ke peha sering sahaja menghantui jika kita tidak amalkan tips pakai baju dengan selesa.Kami nak kongsi ni tips nak elak simptom tak selesa ketika berpeluh. Apa dia tipnya sis kely? Tipnya pilihlah baju yang fabrik berunsur cotton, linen atau sutera. Mak mak ai! Sutera tu, mahal kain tu! Memang sutera mahal, tapi mahal lagi kos rawatan kesihatan badan kita jika alahan teruk dan penyakit kronik. Lain posting kita cerita pasal sutera vietnam pulak eh.
Anda nak tahu? Ada pelbagai jenis fabrik rupanya kat dunia yang diciptakan tuhan. Dan setiap jenis, ada fungsi masing-masing yang saling melengkapi. Jenis fabrik semulajadi atau sintetik. Jenis fabrik pilihan yang mahu Kely kongsi ni sangat bermanfaat pada kulit tau, cerita pasal peluh yang kat atas itu tadi, fabrik jenis cotton, linen dan sutera adalah fabrik yang paling HOT dipasaran bila kata menyejukkan badan. Sumber dari craftsy.com
Jom tengok apa kata craftsy.com mengenai kelebihan setiap jenis fabrik ini:
1. Linen
Linen adalah kain musim panas: ringan, selesa, bernafas. Memiliki beberapa tekstur untuk membuatkan ianya menarik untuk disentuh. Ia juga mengering dengan sangat cepat apabila basah atau lembap. Linen mempunyai kecenderungan untuk kedut dan berkedut.Kini, ada beberapa fabrik linen memiliki tenunan yang cukup ketat supaya kedutan yang terjadi dengan lebih terkawal dan hampir tidak ketara. (imej Comfy Cosy : Linen KOD L010). Lihat album Kain Linen
2. Cotton
Jika Linen adalah Raja, cotton adalah Encik Populariti. Kely rasa kain cotton banyak digunakan di
dalam projek -projek jahitan seharian kita. Kapas boleh didapati dalam banyak berat yang berbeza. Fabrik ini menjadi kegilaan kerana semua orang mampu memilikinya dan sangat selesa untuk dipakai. Kain cotton sangat sesuai dan sempurna untuk pakaian cuaca panas. Kapas juga menyerap kelembapan dengan baik dan kering dengan cepat seperti linen, ianya menjaga kesejukkan kulit. Ia lebih tahan lama dan boleh dicuci menggunakan mesin basuh tanpa sebarang masalah. (imej Comfy Cosy: Japanese Cotton KOD JC314). Lihat album "Japanense Cotton"

3. Rayon
Rayon diperbuat daripada selulosa semula jadi, yang diproses secara kimia untuk menghasilkan serat. Walaupun tekstur tidak seperti linen dan kapas, ia sejuk dan selesa. Ia menyerap kelembapan, menjadikannya kain yang sesuai untuk cuaca musim panas. Cuma ianya tidak tahan lama, dan hanya boleh "dry cleaning" bukan dibasuh mesin.
5. Silk
Bagaimana pula dengan sutera? Ia adalah serat semulajadi seperti bulu, ia cenderung untuk mengekalkan haba dan kelembapan. Jika anda struktur tenunan sutera agak longgar, ia akan menjadikan fabrik yang sangat ringan dan hebat untuk dipakai, walaupun ianya kain yang sangat rapuh. (imej Comfy Cosy : Vietnam Silk Cempaka - KOD VSC 003). Lihat Vietnam Silk motif bunga Cempaka
Kely Fashions menyediakan kain-kain dari Comfy Cosy. Kain-kain dari Comfy Cosy ini bukan main cantik untuk dijadikan sepersalinan malah selesa apabila dipakai. Badan rasa "cool" dan hati jadi tenang sahaja.