COMFY COSY

Feel the magic of coziness | Selesa.Sopan.Sihat

COMFY COSY BY ABS TEXTILE

Kain Pasang Cotton dan Silk yang berkualiti lagi cantik.

English Cotton

Selesa di pakai, tidak melekat di badan.

JAPANESE COTTON

Kain lembut dan sejuk, mudah digosok, selesa dipakai, terutama bagi kanak kanak.

VIETNAM SILK

Tidak luntur/kecut, sejuk, jatuh terletak, tidak jarang dan kedua-dua belah kain boleh digunakan.

LINEN

Material lembut dan tekstur sedikit berserat (bergaris). Motif bunga kecil yang bergetah.

Tuesday 28 November 2017

KENAPA BERUNTUNG MEMILIH KAIN KAPAS?

Secara amnya, kita sudah tahu apa dia kain kapas atau lebih dikenali dengan kain cotton. Kain kapas adalah sejenis fabrik yang dihasilkan dari tenunan fiber/gentian kapas yang diproses.  Sama ada ianya ditenun secara 100% penggunaan fiber kapas atau campuran dari pelbagai jenis fiber lain.

Tidak dinafikan lagi fabrik cotton sangatlah cantik sehingga menawan kalbu apabila dipakai. Apabila dipakai terasa nyaman dan selesa walau cuaca terik menerkam kulit.


Entri ini saya nak berkongsi kenapa untung dan berbaloi sangat-sangat memiliki kain kapas sebagai pakaian pilihan kita sehari-harian. Pilihan kain kapas ada yang berharga murah ada yang berharga mahal. Kain kapas dari ComfyCosy paling mengutamakan kualiti kain-kainnya, pemilihan kain kapas mereka adalah yang terbaik pernah saya alami. 

Apabila bercerita soal kualiti kain, kain-kain dari ComfyCosy  sememangnya memilikinya. Saya tak ada rasa was-was memilkinya kerana kain ComfyCosy sudah awal-awal memastikan tahap kualitinya sebelum dibeli pelanggannya.

Selain kualiti kainnya yang tip top, ada beberapa keberuntungan secara langsung anda akan dapat jika memilih kain kapas. Eh? Apa dia? Tak sabar nak tahu sebab saya memang minat kain-kain kapas ni.
Ok, poin yang pertama;

1. Anda boleh menikmati tidur malam yang lena.

Kenapa pula? Apabila kita mengenakan pakaian tidur yang diperbuat dari kain kapas atau menggunakan kain cadar dari kain tersebut. Anda akan rasa kesejukan dan kenyamanan berbaring di atas katil. 

Kajian sudah menunjukkan bahawa cadar dari kapas membenarkan kulit bernafas bebas serta kain itu tidak memerangkap haba. Boleh kata ia seperti berfungsi sebagai pengawal kelembapan.

Adakah anda tahu bahawa The International Forum Cotton Promotion, menyatakan kain kapas boleh menyerap air sebanyak 1/5 dari berat kain sebelum ianya menjadi kain yang lembap.

2. Pakai lebih , basuh kurang

Alamak macam mana boleh macam ini ? Busuklah baju kalau tak dibasuh, kan badan berpeluh. Begini, pakaian yang diperbuat dari kapas 100% sahaja mampu memiliki ciri-ciri hebat ini. Kain kapas memiliki gentian yang mampu memberikan ruang pengaliran udara yang baik. Ini membantu menyejukkan tubuh di kala berpeluh serta pegaliran udara ini menyebabkan pengeringan peluh berlaku dengan cepat berbanding fabrik lain.  Perlulah dibantu dengan kipas angin juga untuk mempercepatkan peluh kering. :p

Dan apabila pakaian kapas yang sudah digunakan ini digantung dan terkena angin, ia masih boleh digunakan kerana kurang berbau. Maka pakaian kapas boleh digantung – gantung dan dikenakan angin. Jimatlah waktu membasuh anda.

Amaran! Kelebihan ini tidak terpakai kepada mereka yang mengalami masalah bau badan ye.

Untuk diri saya, apabila pakaian sudah dipakai walaupun sekejap saya pasti mahu membasuhnya walaupun tidak berpeluh. Haaa yang ini penyakit lain, saya tidak boleh tengok baju bersepah-sepah atau tergantung-gantung.

3. Macam sesumpah

Apabila sejuk kain kapas akan menghangatkan, apabila cuaca panas kain kapas mampu menyejukkan. Itulah kelebihan gentian semulajadi yang mudah mengadaptasi dirinya dengan keadaan sekelilingnya. Ini kerana kain kapas merupakan agen penebat haba yang baik di mana gentian kapas akan memerangkap udara di antara gentiannya dan seterusnya menjauhkan gentian dari kulit serta memberikan ruang udara di antara kulit dan fabrik.

Dengan ciri inilah, pakaian berasaskan kapas mampu menyesuaikan dirinya dengan keperluan industri pakaian. Cirinya yang versetail, membolehkan ianya digayakan ke pejabat atau urusan kerja sehingga ke lapangan atlet sukan. Ianya juga mesra cuaca, boleh dipakai ketika cuaca panas dan sejuk.

Kain kapas juga boleh bekerjasama baik dengan jenis-jenis fabrik lain seperti lace, velour, corduroy, chambray, polyester dan lain –lain berdasarkan tenunannya.

4. Ketahanan diri yang tinggi

Kain kapas adalah sejenis kain yang kuat dan teguh kejadiannya kerana memiliki kekuatan tegangan yang tinggi. Ianya menjadi lebih kuat 30% apabila di dalam keadaan basah. Oleh kerana itu, ia boleh di basuh di dalam air panas.

Fabrik –fabrik kegunaan hospital biasa menggunakan fabrik berasaskan kapas kerana proses penyahkuman dapat dilakukan dengan membasuh kain-kainnya dengan suhu yang tinggi.

5. Kos penyelenggaraan yang rendah.

Tidak perlu susah untuk menetapkan suhu tertentu untuk cucian pakaian kapas yang kita gunakan semasa pergi kerja. Cara basuhan pakaian kapas ini sangat mudah, gunakan mesin basuh untuk membasuh dan kemudiannya disidai. Ianya tidak memerlukan cucian kering bagai yang memerlukan kos tinggi.

6. Kekal kemas, bergaya dan selesa.

Kain kapas senang ronyok atau berkedut, macam mana nak bergaya ? Pakaian kapas ini menonjolkan kekemasan kepada sipemakai, apabila ianya digosok dengan teknik yang betul, ronyok/kedut akan kurang kelihatan. 

Bagaimana baju boleh berkedut sakan? Sedangkan kerja kita hanya duduk sahaja melakukan kerja di ofis. Tetapi sebenarnya, kain kapas yang berkualiti tinggi memiliki tahap kedutan yang rendah dan mudah digosok.

Apabila kita tidak tergaru-garu dan terkuis-kuis badan barulah nampak bergaya. Tenang sahaja muka kita kerana kain kapas sangat selesa dan lembut berbanding fabrik gentian sintetik yang tidak merengsakan kulit badan.

Jika anda dapati rasa menyucuk-nyucuk, gatal-gatal kulit, atau merengsakan ketika anda mengenakan pakaian tersebut, menunjukkan anda pakaian itu mungkin tidak kaya dengan gentian kapasnya.

Kekemasan kain kapas dapat dilihat kerana fabrik ini sentiasa kelihatan terletak berbanding melendut, jatuh dan mengelepek atau bahasa Inggerisnya, sagging. Jika baju anda berkeadaan begitu mungkin peratus spandex di dalam tenunan pakaian anda melebihi 5%.

Baju yang berasaskan spandex lebih mudah memeri atau menggelebeh apabila banyak kali cucian dibuat ke atasnya, manakala baju berasaskan kapas tidak begitu cuma warnanya akan semakin pudar.

7. Kain kapas tidak berbau.

Kain kapas yang dibasuh lebih mudah mengeluarkan bau-bau kurang enak dari gentiannya apabila direndam untuk basuh berbanding fabrik jenis lain.
Maka proses penyucian akan lebih mudah dan menjimatkan pelembut kain.  

Bagaimana jika badan memang ada masalah bau?

Caranya,
  1. Rendamlah dahulu pakaian kapas anda semalaman atau beberapa jam.
  2. Bilas
  3. Basuh seperti biasa.
  4. Semasa basuh boleh letakkan sedikit pelembut yang berbau harum.
  5. Keringkan menggunakan mesin basuh.
  6. Sidai.
  7. Selesai.

8. Bersifat penebat elektrostatik

Bunyinya macam teknikal sahaja seperti belajar kejuruteraan elektrik kan? Bertuahlah anda yang memilih kain kapas kerana dengan adanya ciri tersebut ia membantu badan kita menjadi lebih sihat.

Sebagai penebat kepada medan elektrostatik, ia melindungi organ dalaman badan dari impak elektrostatik. Maksudnya badan kita bebas dari caj² elektrik yang merbahaya J.

Saya fikir dari sudut ilmiah ianya perlu dihuraikan supaya kita sama-sama bebas dari aliran elektrik yang membahayakan. Tunggu posting selanjutnya ye.

9. Hypoallergenic

Ya Allah, apakah ini? Jangan gusar ini adalah istilah untuk mereka yang mengalami reaksi alergi pada kulit.

Kain kapas sangat semulajadi dan memberikan satu penyelesaian kepada mereka yang mengalami alahan pada kulit ketika berpakaian. Mereka yang mengalami sakit kulit seperti eczema, psoriasis dan lain –lain boleh mengenakan pakaian berunsurkan kapas, ianya sungguh selamat, sihat dan selesa kepada pemakai.

Anda juga bertambah keyakinan diri dan kesihatan semakin meningkat.

Perasan atau tidak di hospital biasanya pesakit akan diberikan pakaian wad kapas berwarna hijau, dan cadar-cadar putih dari kain kapas. Haaa sebab itulah, kain ini sesuai untuk pesakit terutama yang ada isu dengan kulit mereka.

Banyakkan kelebihan memilih kain kapas sebagai pilihan pakaian kita?

Opps, lupalah yang ke 10. Allah lebih menyayangi kita. Sebab Rasulullah suka pakaian kapas dan kita juga menyukai kain kapas dan memakainya, kita telah mengikut sunah nabi kita! Harap Allah mengurniakan kecintaannya juga kepada diri kita. Hati pun jadi tenang dan jiwa pun senang, tak gitu?

Hebatkan fiber semulajadi ini, kapas, nampak lembut tapi sangat berkuasa di dalam industri tekstil dan fesyen.

Kita pun boleh ambil inspirasi dari kapas tau. Menjadi wanita yang lembut dan ayu, tetapi berkuasa di dalam kerjaya atau bisnes masing-masing. Juga memberikan pelbagai manfaat kepada manusia dan alam.

Selepas ini boleh anda jadikan kain kapas sebagai pilihan di dalam memilih pakaian kerana kita sudah tahu kebaikan-kebaikan yang kita bakal perolehi nanti, InsyaAllah.


Salam selembut kapas,
Cik Kely
KELY FASHIONS
The best version of you.

Untuk melihat koleksi kain pasang berkualiti, klik 

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More