COMFY COSY

Feel the magic of coziness | Selesa.Sopan.Sihat

COMFY COSY BY ABS TEXTILE

Kain Pasang Cotton dan Silk yang berkualiti lagi cantik.

English Cotton

Selesa di pakai, tidak melekat di badan.

JAPANESE COTTON

Kain lembut dan sejuk, mudah digosok, selesa dipakai, terutama bagi kanak kanak.

VIETNAM SILK

Tidak luntur/kecut, sejuk, jatuh terletak, tidak jarang dan kedua-dua belah kain boleh digunakan.

LINEN

Material lembut dan tekstur sedikit berserat (bergaris). Motif bunga kecil yang bergetah.

Sunday 9 April 2017

WARNA APA SESUAI DENGAN TONA KULIT ANDA?


Banyak dah baju kita di dalam almari di bilik. Apakah semuanya sesuai dengan tona kulit / skin tone kita? Entahlah, asalkan sedap dan cantik mata memandang pakaian kita sudah cukup buat kita. 


Pemilihan sembarangan tidak salah malah pilihan pakaian kita adalah dari pandangan mata kita ianya sudah memuaskan hati.  Tetapi jika anda sudah tahu cara mudah hendak kenal kesesuaian tona kulit anda dengan warna pakaian, pastinya penampilan anda kelihatan lebih berketrampilan dan membuatkan tuan suami terpegun seketika.

Pernah tak terdengar orang bisik-bisik .."Pssst dia tak sesuailah dengan kaler oren tu, nampak muka dia garang macam singa lah hari ini"..pulak-pulak time tu kita kena jumpa pelanggan kita.  Rasa macam dup dap, dup dap time tu.

Apa agaknya membuat orang kadang-kadang memuji "awak nampak cantik dengan baju ni!" dan bagaimanakah caranya untuk anda tahu warna baju ini sesuai dengan diri kita. 


Ok, kejapppp je lagi Kely akan kongsikan caranya. Tetapi sebelum tu ingat tau, peraturan ni bukanlah seperti sesuatu yang perlu dipatuhi 100%. Ianya untuk panduan dan tips berpakaian sahaja. 


Jika kita memang sudah suka dengan warna itu, kalau tidak takkan warna tu penuh dalam almari kitakan? Janganlah memaksa dan menyeksa diri untuk mengelakkan dari memakai warna kegemaran kita. 


Pedulikan dengan apa yang mereka ingin perkatakan, ini diri kita, pilihan warna adalah warna kegemaran kita, jadi jangan di ambil pusing sangat. Cool. Chill.


Mungkin tip ini boleh digunakan untuk digayakan bagi warna beg tangan anda, kerongsang anda, kasut anda dan aksesori pakaian wanita yang lain.

Ok, bersedia? 

Ada 3 cara anda boleh kenal pasti warna tona kulit anda. 

1) Melihat pada wajah. Bersihkan wajah anda dan pastikan kulit wajah anda bebas dari bedak, krim, losyen, bedak sejuk, param, dan bedak asas (foundation).  Jika anda baru sahaja basuh muka, tunggu sehingga 15 - 30 minit untuk pastikan kesan kemerahan hilang setelah scrub muka tadi. 

Anda harus menggunakan cahaya semulajadi, cahaya matahari terang, bukan dibawah pencahayaan lampu supaya warna kulit asli anda tidak dipengaruhi cahaya tersebut.

+ ambil sekeping kertas putih (A4 putih, kadbod putih, dsb), letakkan secara menegak dekat dengan muka. 

+ Bandingan warna muka dan kertas. Muka anda nampak jelas warna kekuningan, kehijauan atau cokelat pudar, anda boleh dikategorikan memiliki "warm skin tone". 

+ Jika muka kelihatan berwarna merah jambu, kemerah-merahan seperti ros, atau kebiruan, makanya anda memiliki "cool skin tone". 

+ Manakala warna kulit yang kelihatan seakan-akan kelabu atau warna abu, anda sesuai dikategorikan memiliki tona kulit semulajadi. 

+ Jika muka anda berjerawat, atau ada sedikit isu tentang kulit wajah, gunakan belakang warna kulit belakang telinga untuk membuat perbandingan tona warna. Minta kawan anda tolong tengokkan.


2) Cuba anda lihat salur darah di belakang pergelangan tangan anda.


Apakah warna salur darah anda? Jika ianya seakan-akan warna biru atau ungu, anda dikategorikan memiliki "cool skin tone". 

Adakah ianya berwarna hijau? Warna hijau menunjukkan kulit anda adalah "warm skin tone". Jika susah ingin tafsirkan warna salur darah anda itu, anggaplah anda memiliki "neutral skin tone".




3) Apa jadi dengan kulit anda apabila berjemur di bawah terik mentari? Sun burn atau terbakarkah kulit anda? 

Jika kulit anda senang dan cepat sun burn, anda memiliki "warm skin tone". 


Manakala kurang tahap sun burnnya, anda memiliki tona warna sejuk (cool skin tone). Jika kulit agak gelap, dan mempunyai kurang tahap sun burn, anda juga kategori memiliki cool skin tone


Apakah warna untuk untuk warm skin tone?

Anda mempunyai tona kulit yang sama seperti Jessica Alba, Kim Kardashian dan Beyoncé. Warna paling sesuai adalah warna yang menyerlahkan refleksi alam semulajadi seperti :

+ red (merah)
+ peach (pic)
+ coral (warna seakan terumbu karang)
+ orange (oren)
+ amber 
+ gold (emas)
+ yellow (kuning)



Warna panas dari versi warna tona sejuk juga sesuai untuk anda seperti :

+ olive (hijau buah zaitun)
+ moss (lumut)
+ orchid (orked)
+ violet - red (ungu merah)

Untuk kelihatan neutral pada diri anda yang memiliki tona warna panas, bolehlah pilih ini :


+ taupe (kelabu tua)

+ cappucino
+ cream (krim)
+ mushroom gray (seakan-akan kelabu cendawan)

Cuba elakkan warna-warna sejuk seperti :


- icy blue

- sapphire 
- amethyst.

untuk mengelakkan warna kulit anda seperti kekelabuan dan anda seperti hilang dari pandangan mata.


Apakah warna - warna untuk cool skin tone pula?


Warna-warna anda terdiri dari warna di bawah kedalaman laut dan dasar salji. 


+ bright blues (biru terang)

+ emerald (zamrud)
+ deep purple (ungu pekat)
+ frosty shades of lavender (warna lavender)
+ ice blue (biru ais)
+ pink (merah jambu)


Pilihan warna panas untuk kulit tona ini adalah : 

+ ruby

+ bright rosy red (warna terang bunga ros)
+ super-pale yellowa (kuning pucat)

Warna-warna semulajadi yang cocok dengan tona anda adalah :


+ rock cool gray 

+ bright white (putih terang)
+ navy 

Tapi elakkan warna berikut supaya tidak berlaku pertembungan warna kulit yang tidak sepadan : 


- orange (oren)

- tomato red (merah tomato)
- strong yellows

Warna apa sesuai untuk kulit tona semulajadi?


Rasa-rasa kalau kulit macam Angelina Jolie, Julia Roberts, Kerry Washington, dan Julianne Mores boleh lah pilih mana-mana warna di dalam roda warna. Kelihatan lebih manis jika anda memilih warna-warna lembut seperti : 


+ dusty pink

+ jade green
+ cornsilk yellow
+ lagoon blue

Untuk warna yang lebih semulajadi cuba pilihan ini :

+ off-whites
+ coffee
+ mid-range grays
+ black

Tapikan, kalau pakai warna  seperti electric blue dan magenta boleh menenggelamkan warna tona semulajadi kulit anda. Tidak kepada warna pakaian bright true red, anda pasti terserlah.


Oklah, rasa betul-betul panjang posting kali ini, Kely banyak terjemahkan sahaja apa yang disarankan dari laman rujukan. 


Harapan Kely, kita sama-sama faham ilmu warna tona kulit ini supaya kita dapat memilih warna pakaian sesuai dengan tona kulit kita. 


Almaklumlah, kita pun nak berfesyen juga, tapi nak kena dengan ilmunya juga, baru ada kelas gitu.


Baiklah, kita jumpa lagi di entri senterusnya.


Selamat berfesyen, 

Kely Fashions








Terima kasih di atas rujukan :

www.thelist.com.


Wednesday 5 April 2017

KEMASKINI STOK KAIN APRIL 2017

STOK TERKINI
KAIN PASANG BY COMFY COSY
 ******
Kemaskini stok 5.4.2017


Exclusive Design (ED)
KOD ED 101-1 pasang
KOD ED 103-2 pasang
KOD ED 106-1 pasang
KOD ED 107-1 pasang
 
English Design (EC)
KOD EC 101-1 pasang
KOD EC 102-1 pasang
KOD EC 108-1 pasang
KOD EC 121-3 pasang
KOD EC 124-1 pasang
KOD EC 125-1 pasang
KOD EC 129-1 pasang
KOD EC 130-1 pasang
KOD EC 132-1 pasang
KOD EC 134-1 pasang
KOD EC 138-1 pasang
KOD EC 139-1 pasang
KOD EC 140-1 pasang

Japanes Cotton (JC)
KOD JC 107-1 pasang
KOD JC 113-1 pasang
KOD JC 135-1 pasang
KOD JC 136-2 pasang
KOD JC 301-2 pasang
KOD JC 302-4 pasang
KOD JC 304-1 pasang
KOD JC 305-1 pasang
KOD JC 306-1 pasang
KOD JC 307-2 pasang
KOD JC 310-2 pasang
KOD JC 311-2 pasang
KOD JC 312-3 pasang
KOD JC 314-2 pasang
KOD JC 315-2 pasang
KOD JC 317-1 pasang

Haaa, sudah fikirin kain yang mana satu? Kita tengok mana yang kena. Ayuh, pilih yang mana satu suka. Semuanya cantik-cantik belaka dan menyihatkan kulit badan.

Baju cantik, kulit pun sihat.

Order kat sini ye .. Order Request

 ATAU 
  hubungi kami di salah satu pautan di bawah :

Salam sayang, 
Kely Fashions



Tuesday 4 April 2017

NEW RELEASE ENGLISH COTTON APRIL 2017

Englis cotton memang terkenal dengan cantik menawan coraknya. Kainnya sedap dan menyerap peluh menyebabkan badan sentiasa rasa selesa. Selain cantik ianya menyihatkan kulit badan anda. 

Ni, Kely nak bagitahu ada ...

"RELEASE TERBARU 
CORAK ENGLISH COTTON 
UNTUK APRIL 2017."






















Cantik kan? Memang digilai peminat cotton tau. Ok nak order lah macam mana? Cikpuan/Puan/Tuan boleh ke pautan di bawah:



ATAU terus order di Order Request



atau wasapp BUY EC xx ke 019 784 7506

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More